Mitokondria Dan Gangguan Spektrum Autisme: Madu Kelulut Sebagai Rawatan Alternatif
Author: Norwahidah Abdul Karim, Hazirah Hassan, Suzana Makpol, Fazaine Zakaria
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863750
Page: 196 m/s
Year: 2024
Price: RM40
Gangguan spektrum autisme (Autism Spectrum Disorder-ASD) merupakan gangguan neuro yang disebabkan oleh pelbagai faktor melalui mekanisme yang kompleks. Penglibatan tekanan oksidatif dan disfungsi mitokondria sering dikaitkan dengan ASD manakala madu kelulut mengandungi antioksida boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif. Dalam buku ini, tiga pasang sel selanjar limfoblastoid (LCL) daripada sel autisme (ALCL) dan normal (NALCL) digunakan bagi mengkaji hubungan antara disfungsi mitokondria dan ASD melalui penjujukan DNA mitokondria, respirasi ROUTINE, LEAK, OXPHOS dan sistem pengangkutan elektron (ETS) dan keupayaan membran mitokondria (mtMP) melalui tapak jalan terangkai CI (tapak jalan N), tapak jalan terangkai CII (tapak jalan S) dan tapak jalan terangkai CI dan CII (tapak jalan NS) serta aktiviti kompleks IV (CIV), kompleks V (CV) dan sitrat sintase (CS). Madu kelulut yang kaya dengan bahan antioksida mungkin boleh menjadi rawatan dan intervensi berpotensi di dalam ASD terutama bagi subset yang mempunyai keabnormalan fungsi mitokondria.
NORWAHIDAH ABDUL KARIM (PhD) merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah di UKM dalam bidang biokimia perubatan. Kepakaran beliau merangkumi bidang sains kesihatan dan klinikal- asas kesihatan (genetik dan biologi molekul), asas sains perubatan (penuaan dan antioksidan, penyelidikan molekul dalam autisme, penyelidikan mitokondria, genomik, proteomik) dan sains kesihatan dan klinikal-asas sains perubatan (penyelidikan kanser, autisme, bioenergetik mitokondria dan genomik, autisme molekular). HAZIRAH HASSAN merupakan mantan pelajar doktor falsafah di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, UKM. SUZANA MAKPOL (PhD) merupakan seorang profesor di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, UKM. Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah di UKM dalam bidang sains perubatan. Kepakaran beliau merangkumi dalam bidang sains kesihatan dan klinik- asas sains perubatan (penuaan sel, neurosains molekul, antioksidan dan penyakit degeneratif, tokotrienol, halia) dan sains kesihatan dan klinikal-asas sains perubatan (penuaan dan penyakit degeneratif). FAZAINE ZAKARIA merupakan juruteknologi makmal perubatan kanan yang mahir mengendalikan analisis fungsi mitokondria menggunakan 02k dan kultur sel.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.