Mudarabah Dalam Fiqh Islam
Author: Yusof Ramli
Publisher: UiTM Press
ISBN: 9789673051694
Weight: 0.47 kg
Pages: 288pp
Year: 2008
Price: RM58
Mudarabah adalah satu instrumen kewangan yang menjadi pilihan dalam usaha untuk mengguna kembalikan kaedah pengurusan kewangan secara Islam. Sekalipun mudärabah tidak menjadi suatu aktiviti perniagaan yang disarankan secara langsung dalam al-Qur'an, namun aktiviti perniagaan yang menggunakan kontrak jenis ini yang telah dikesan berlaku sejak zaman sebelum kebangkitan tamadun Islam lagi didapati sesuai dengan prinsip keadilan. Islam menerima kaedah perniagaan secara mudārabah ini kerana ia diperakui oleh Rasulullah SAW dan menjadi satu keperluan dalam usaha manusia bekerjasama, khasnya antara pemilik modal dan pekerja dalam mengisi keperluan masing-masing. Ia lebih bersifat tolong-menolong antara sesama manusia di mana pihak yang memiliki modal yang tidak berupaya atau tidak berkesempatan memperniagakan modal miliknya mendapatkan bantuan kepakaran dalam bidang perniagaan daripada pihak yang berupaya menyumbangkan tenaga serta kemahirannya yang dapat mengurusniagakan modal berkenaan. Kedua belah pihak akan mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut. Unsur kerjasama sedemikian memang terus diperlukan oleh umat manusia hingga ke zaman ini. Para ahli perundangan Islam telah memberikan pandangan mereka dalam pelbagai aspek yang berkaitan dalam mengatur sistem perniagaan berasaskan kontrak mudārabah. Pandangan mereka perlu diteliti untuk mempastikan supaya perlaksanaan kontrak ini berlaku atas landasan yang betul dan sesuai dengan prinsip syariah, tidak wujud unsur-unsur negatif yang boleh membawa kesan buruk kepada kedua belah pihak yang terlibat. Penelitian mendalam dari aspek hukum fiqh terhadap aktiviti perniagaan yang menggunakan kaedah ini juga perlu dilakukan bagi menyediakan satu rangka perundangan yang kemas dan menyeluruh berkaitan dengan pelaksanaannya bagi mempastikan urusan perniagaan mudārabah yang dilaksanakan tidak keluar dari prinsip perniagaan yang dapat diterima dalam perundangan Islam.
YUSOF RAMLI, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Mu'amalah Islam dari Universiti Malaya (2003), menerima ljazah Sarjana dalam bidang Faraidh dan Pentadbiran Harta Pusaka dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1991), Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1982). Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Agama Kerajaan Selangor selama lima tahun (1973-78) dan mula berkhidmat di UiTM (TM) pada bulan Julai 1982. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah (Prof. Madya) di Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM).
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.