Naratif Malaysia Madani dalam Wahana Bahasa dan Komunikasi
Author: Normalis Amzah, Siti Noraini Hamzah & Suziana Mat Saad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865402
Weight: 265 g
Pages: 176 pp
Year: 2025
Price: RM40
Naratif Malaysia MADANI dalam Wahana Bahasa dan Komunikasi mengangkat wacana bahasa dan komunikasi dalam kerangka enam nilai utama MADANI-Mampan, SejAhtera, Daya Cipta, HormAt, YakiN dan Ihsan. Melalui pendekatan itu, buku ini menyorot bagaimana nilai-nilai tersebut dapat diterjemahkan dalam dunia bahasa dan komunikasi yang terus berkembang, sama ada dalam konteks pembelajaran, penulisan, mahupun interaksi sosial dan digital. Setiap bab menawarkan pandangan baharu tentang bagaimana bahasa menjadi cerminan nilai dan identiti masyarakat. Dari dialek tempatan hingga bahasa al-Quran, dari kreativiti penulisan menggunakan kecerdasan buatan hingga komunikasi dalam talian dan emosi manusia - karya ini membuka ruang renungan tentang peranan bahasa sebagai wahana pembinaan insan dan tamadun. Buku ini turut menegaskan bahawa nilai-nilai MADANI bukanlah konsep baharu, tetapi warisan yang dihidupkan semula melalui pemahaman yang lebih menyeluruh dan kontekstual. Dengan berpaksikan semangat MADANI, bahasa dan komunikasi dilihat bukan sekadar alat pertuturan atau penulisan, tetapi sebagai jambatan yang menyatukan manusia, membina kepercayaan, serta memupuk keadilan dan kemakmuran bersama. Naratif Malaysia MADANI dari Sudut Bahasa dan Komunikasi ialah bacaan penting bagi mereka yang ingin memahami bagaimana bahasa dan komunikasi menjadi nadi kepada pembentukan masyarakat MADANI- masyarakat yang berilmu, beretika, dan berperikemanusiaan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

