Neofeudal UMNO
Author: Mazli Bidu & Dr. Jamaie Hamil
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672165149
Year: 2018
Weight:
0.300 kg
Pages: 150
pp
Price: RM28
Epistemologi feudalisme boleh dikaji dari pelbagai
perspektif termasuk sejarah, undang-undang, ekonomi, sosiologi dan sains
politik. Feudalisme juga dilihat dari sudut geopolitik dengan kajian-kajian
tertumpu kepada feudalisme di Benua Eropah Barat, di Asia Timur dan Asia Tengah
dan juga kajian feudalisme yang mengkhusus negara-negara tertentu. Di negara
ini feudalisme turut menjadi subjek kajian terutamanya berkaitan budaya feudal
golongan istana dan kaum Melayu secara komprehensif. Peredaran masa menyaksikan
neofeudalisme pula mengambil tempat dalam dunia kajian sosiopolitik.
Budaya politik masyarakat di luar bandar cukup menarik untuk
dibahaskan kerana penguasaan geopolitik kawasan luar bandar merupakan katalis
dan penentu kejayaan kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya
khususnya di Malaysia. Kawasan luar
bandar menjadi deposit tetap kepada kelangsungan kemenangan kebanyakan kerusi
parlimen parti pemerintah. Perkembangan ini menjadi stimulus dan dorongan
kepada pengkaji serta pemerhati politik untuk mencari bahan bacaan yang
membincangkan budaya politik neofeudal yang sinonim dengan sosiopolitik luar
bandar.
Buku ini turut merangsang pembaca untuk terjun sama ke dunia politik menerusi analisis sebenar tentang hegemoni dan survival kuasa parti pemerintah. Bukan sekadar membicarakan teori dan konsep sains politik, buku ini memberi pemahaman tentang bagaimana kuasa dieksploitasi untuk mengukuhkan kedudukan politik sehingga mencambahkan kesedaran palsu, akur dan wala’ nya masyarakat kepada pemimpin politik. Buku yang menyentuh budaya politik neofeudal UMNO ini boleh menambah korpus ilmu berkaitan budaya politik feudalisme dan neofeudalisme di negara ini. Tambahan pula buku ini dihasilkan menerusi kajian yang reliable hasil input daripada sumber perpustakaan, temu ramah malahan penulis sendiri turun padang melihat dan mendapatkan maklumat di kawasan kajian. Pengalaman penulis bertugas di agensi kerajaan juga telah membantu penulis mendapatkan informasi daripada pelbagai agensi kerajaan berkaitan pembangunan luar bandar.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.