Nota-Nota Tanah: Kanun Tanah Negara (Akta 828)

RM45.00
9789672456858
In stock
+

Nota-Nota Tanah: Kanun Tanah Negara (Akta 828)

Author: Muhamad Haitamin Ishak
Publisher: Nuha Books
ISBN: 9789672456858
Weight: 0.355
Pages: 259
Year: 2024
Price: RM45

Buku ini merupakan kompilasi nota-nota ringkas mengenai sistem pentadbiran tanah di Malaysia, terutama berhubung undang-undang utama mengenai urusan pentadbiran tanah, iaitu Kanun Tanah Negara 1965 yang kini dikenali sebagai Akta 828. Di samping itu, disertakan juga petikan mengenai kedudukan tanah dan harta di bawah perlembagaan persekutuan dan artikel mengenai tanah simpanan Melayu di bawah Enakmen Rizab Melayu dan juga perancangan serta pengurusan harta yang berkaitan dengan harta pusaka, hibah, wasiat dan lain-lain.

Nota-nota ini disusun berdasarkan pengalaman penyusun/penulis yang terlibat secara langsung lebih 20 tahun berkhidmat dalam urusan pentadbiran dan pembangunan tanah di peringkat daerah, negeri dan persekutuan, dan juga pengalaman penulis/penyusun yang telah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dalam subjek tersebut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) selama lebih 3 tahun dalam bidang pengurusan hartanah. Di samping itu penulis juga berkesempatan menyampaikan beberapa ceramah dan memberi kursus dalam bidang tersebut semasa berkhidmat di negeri Selangor dan semasa bersama dengan Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA).

Semoga ilmu dan pengalaman tersebut boleh dikongsi bersama dan menjadi pengetahuan asas yang bermanafaat kepada semua pembaca secara umumnya, dan berfaedah khususnya bagi kalangan pentadbir, pengurus dan pelajar yang terlibat dalam bidang pentadbiran tanah dan pengurusan harta serta mereka yang memerlukan pengetahuan dalam bidang berkenaan. Sehubungan itu, buku nota ringkas ini telah ditulis dan disusun dengan cara paling mudah untuk dibaca dan difahami serta memberi faedah kepada orang ramai.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US