​Novel Interteksual Melayu

RM60.00
9789679429206
In stock
+

Novel Interteksual Melayu

Author/Editor: Mawar Shafei

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679429206

Weight: 600g

Pages: 494

Year: 2010

Price: RM60


Novel Intertekstual Melayu antara lain membincangkan salah satu bentuk kreativiti kepengarangan Melayu. Ia adalah hubungan antara teks yang wujud dalam pembikinan novel Melayu. Penulisnya menggariskan empat rumus utama bagi memperagakan hubungan itu. Rumus berkenaan adalah hubungan novel kajian dengan teks tradisional, teks awal pengarang sendiri, teks awal pengarang lain dan teks bukan kreatif. Aplikasi kajian ini menumpukan ke atas novel yang dihasilkan di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pengarang yang difokuskan adalah Anwar Ridhwan, Putu Wijaya dan Suratman Markasan. Empat novel Anwar Ridhwan yang dimanfaatkan dalam penulisan ini ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, Di Negeri Belalang dan Naratif Ogonshoto. Bagi kajian kesusteraan Indonesia, novel Perang, Lho, Telegram dan Nyali karya Putu Wijaya, dianalisis. Novel Suratman Markasan pula adalah Tiga Lelaki, Tak Ada Jalan Keluar, Subuh Hilang Senja, Penghulu yang Hilang Segala-galanya dan Di Bumi Mana. Di samping tiga pengarang utama ini, beberapa pengarang lain dibincang sama dengan novel masing-masing. Bagi Malaysia mereka adalah Mohd. Nasir Zainal Abidin (Saksila Lekir), Azizi Hj. Abdullah (Seorang Tua di Kaki Gunung), A. Samad Said (Hujan Pagi) dan Zaharah Nawawi (Panglima Salleh Selimpang Merah). Sementara Indonesia ialah Marah Rusli (Sitti Nurbaya), Trisnoyuwono (Pagar Kawat Berduri), Pramoedya Ananta Toer (Keluarga Gerilya) dan Hamka (Tenggelamnya Kapal van der Wijck). Pengarang Singapura yang dijuruskan adalah Harun Aminurrashid (Jong Batu atau Anak Nakhoda Manis), Muhammad Ariff Ahmad (Syarifah), Mohamed Latiff Mohamed (Batas Langit) dan Isa Kamari (Satu Bumi).


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US