Pantang Larang Kematian dalam Masyarakat Tamil
Author: Suresh Kumar N Vellamalay
Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: ISBN: 9789834948252
Weight: 0.2 kg
Pages: 134 pp
Year: 2025
Price: RM28
Kematian merupakan pengakhiran kepada kehidupan seseorang manusia yang ditentukan oleh kuasa tuhan. Bagi masyarakat Tamil, pengurusan kematian memberikan penekanan yang tinggi terhadap penghormatan terakhir mengikut adat dan tradisi etnik. Dalam konteks ini, pantang larang merupakan elemen yang tidak dapat dielakkan amalannya. Pelbagai pantang larang mengisi persekitaran kematian, malah bertindak sebagai landasan etika dan moral serta mendasari kepatuhan anggota masyarakat secara turun-temurun.
Amalan setiap pantang larang dalam menempuh situasi kematian mempunyai tujuan dan makna tertentu yang tinggi nilainya. Pantang larang bertindak mengukuhkan disiplin dan tatatertib dalam mengurus kematian selaras tuntutan agama dan tradisi masyarakat. Pantang larang juga mendasari adab dalam memastikan bentuk tingkah laku yang sesuai dengan situasi kematian, tidak kira dalam proses mengurus kematian mahupun bagi orang yang menghadiri kematian. Walaupun tidak dinafikan terdapat sedikit sebanyak pantang larang mengalami kecairan akibat faktor modenisasi, perubahan gaya hidup selain perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, namun rata-rata boleh dikatakan pantang larang ini masih berdiri kukuh dari segi amalannya hingga kini. Oleh itu, buku ini mampu memberikan gambaran yang kukuh tentang praktis pantang larang kematian dalam masyarakat Tamil, himpunan makna tersirat di sebalik pantang larang yang dipraktikkan selain etiket menghadiri upacara kematian melibatkan masyarakat Tamil.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

