Pedagogi Terbeza dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran: Teori dan Aplikasi

RM48.00
9789674882853
In stock
+

Pedagogi Terbeza dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran: Teori dan Aplikasi

Author: Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin, Abdul Muhsien Sulaiman
Publisher: Universiti Malaya Press
ISBN: 9789674882853
Weight: 0.3
Pages: 118pp
Year: 2023
Price: RM48

Pendidikan di Malaysia telah berubah daripada berpusatkan peperiksaan (exam oriented) kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melalui PBS, murid-murid dinilai dan ditaksir secara holistik yang mencakupi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan kemenjadian murid yang cemerlang dalam ketiga-tiga aspek tersebut, maka murid-murid yang pelbagai aras pencapaian, gaya pembelajaran dan juga pelbagai kecerdasan telah berada dan belajar di dalam bilik darjah yang sama. Mereka bersama-sama mempelajari kemahiran yang diajar guru. Justeru itu, timbul keluh kesah guru bagaimana hendak menangani murid yang pelbagai aras
pencapaian, kecerdasan dan gaya pembelajaran belajar di bilik darjah yang sama. Sehubungan dengan itu, KPM telah mengambil langkah memperkenalkan pendekatan pengajaran yang dinamakan Pedagogi Terbeza. Walaupun pedagogi ini telah diperkenalkan, namun masih wujud kekeliruan dan kekurangan pengetahuan dalam kalangan guru berkaitan pelaksanaan Pedagogi Terbeza. Oleh itu, penulis telah mengilhamkan sebuah buku yang bertajuk “Pedagogi Terbeza dalam Pengajaran tilawah Al-Quran: Teori dan Aplikasi”. Buku ini mengandungi 5 bab yang membincangkan tentang pengenalan kepada Pedagogi Terbeza, Konsep pengajaran Tilawah Al-Quran, Teori-teori dan model-model berkaitan Pedagogi Terbeza, Pelaksanaan Pedagogi Terbeza dan Rumusan. Penulis berharap kupasan di dalam buku ini dapat memberi manfaat dan menjadi sumber rujukan kepada semua pembaca sama ada pembaca daripada kalangan warga guru atau bukan guru. Selain itu, penulis juga berharap kupasan buku ini dapat dijadikan panduan dalam kalangan pegawai PPD dan pentadbir sekolah dalam memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang Pedagogi Terbeza sebelum membuat sebaran tentang pedagogi tersebut.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US