Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia: Khayalan Atau Realiti?

RM50.00
9789672007180
In stock
+

Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia: Khayalan Atau Realiti?

Penulis: Mohamed Azam Mohamed Adil

Penerbit: ILHAM Books & IAIS Malaysia

ISBN: 9789672007180

Year: 2018

Weight: 0.335kg

Pages: 300 pp

Price: RM50

Buku ini membahaskan isu, masalah, cabaran dan realiti pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh tetapi mengikut kerangka Perlembagaan bukanlah satu khayalan. Ia memerlukan perancangan rapi dengan merujuk kepada kehendak Maqasid Al-Shari’ah, fiqh keutamaan serta tuntutan Siyasah Syari’yyah, jauh sekali laungan retorik. Undang-undang Islam yang pernah menjadi undang-undang utama negara suatu masa dahulu perlu kepada pembaharuan supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman. Transformasi undang-undang Islam serta peningkatan taraf Mahkamah Syariah supaya ia setaraf dengan undang-undang sivil dan Mahkamah Sivil hendaklah menjadi agenda penting bagi melihat undang-undang Islam yang menyeluruh dapat direalisasikan. Sama dengan Mahkamah Sivil, kewujudan Mahkamah Syariah adalah untuk memberi keadilan kepada pihak yang terlibat. Meskipun begitu, konflik dan pertembungan antara kedua-dua undang-undang sivil dan Syarak dapat dielakkan dengan mengharmonisasikan kedua-dua undang-undang tersebut. Realitinya, undang-undang Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia dengan syarat semua orang Islam mesti mendokong usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perancangan yang teliti dan rapi dengan mengambilkira kedudukan masyarakat, kerangka Perlembagaan dan hukum Syarak dalam usaha menggubal undang-undang Islam di Malaysia.

TAN SRI SYEIKH GHAZALI ABDUL RAHMAN

Penasihat, Bahagian Syariah, Jabatan Peguam Negara

PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL kini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Undang-undang Perlembagaan, Konflik Undang-undang Syariah-Sivil, Hak-Asasi Manusia, Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Transaksi Islam (Muamalah). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LLM) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US