​Pelancongan Mampan Pelancongan Maritim Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

RM75.00
9789831009154
In stock
+

Pelancongan Mampan Pelancongan Maritim Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Author/Editor: Hanizah Idris et al.

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831009154

Weight: 200

Pages: 146

Year: 2017

Price: RM75


Buku Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah karya asli yang terhasil daripada kajian lapangan yang telah dilakukan oleh para penulis di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Buku ini memuatkan hasil penelitian penulis ke atas beberapa isu penting berkaitan dengan pembangunan mampan pelancongan maritim di kawasan pesisir pantai. Empat topik penting telah menjadi fokus penulisan buku ini iaitu yang berkaitan dengan pembangunan mampan pelancongan maritim, impak pelancongan maritim ke atas ekonomi komuniti setempat, pelancongan maritim dan sosiobudaya: perspektif komuniti dan pelancong dan terakhir perancangan guna tanah untuk pembangunan mampan pelancongan maritim. Buku ini turut memuatkan hasil kajian berasingan tetapi penting dalam membincangkan isu pembangunan mampan pelancongan maritim di pulau peranginan iaitu berkaitan dengan masalah tadbir urus, kajian kes di Pulau Perhentian.

Diharap dengan terhasilnya karya akademik ini, akan memberi manfaat kepada banyak pihak termasuk mereka yang terlibat dalam membuat kajian tentang pelancongan khasnya pelancongan maritim atau pelancongan pesisir pantai dan juga mereka yang terlibat dalam kajian tentang pembangunan guna tanah, alam sekitar dan tadbir urus pulau peranginan di kawasan pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia. Selain itu, buku ini amat sesuai dibaca oleh golongan mahasiswa di IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan pembangunan mampan pelancongan maritim dan pengurusannya bagi memastikan pembangunan pelancongan mampan ini dapat dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar dan komuniti setempat dari segi ekonomi dan sosial dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US