Pelaporan Korporat ke Arah Akauntabiliti: Kusut di Hujung, Balik ke Pangkal

RM20.00
9789672513438
In stock
+

Pelaporan Korporat ke Arah Akauntabiliti: Kusut di Hujung, Balik ke Pangkal

Authors: Norman Mohd Saleh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513438
Weight: 0.2kg
Pages: 95pp
Year: 2021
Price: RM20

Pelaporan dan tadbir urus amat penting dalam memastikan pencapaian akauntabiliti organisasi korporat kepada pihak berkepentingannya. Kualiti pelaporan korporat yang berkaitan penilaian aset, pengukuran pendapatan dan pendedahan tambahan adalah bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan peraturan, pengawal seliaan profesion, dan melalui satu proses tadbir urus yang baik. Sementara itu, pelaporan korporat juga digunakan sebagai input kepada proses tadbir urus bagi pemastian pencapaian akauntabiliti iaitu prestasi organisasi atau penciptaan nilai yang baik kepada pihak berkepentingan. Namun, ketidak berkesanan mekanisme pemantauan pada peringkat organisasi menyebabkan berlakunya jurang maklumat antara pihak yang berkontrak sehingga berlakunya skandal korporat dan pelaporan korporat yang tidak menunjukkan keadaan sebenarnya. Jurang maklumat yang berlaku ini mewujudkan ketidak cekapan dalam ekonomi. Jurang ini boleh menyebabkan keputusan pelaburan yang salah dibuat berdasarkan maklumat yang kurang telus. Kajian telah dibuat mengenai insentif pihak pengurusan dalam mempengaruhi pelaporan korporat yang tercetus daripada pandangan agensi yang cuba memaksimumkan manfaat dirinya. Pandangan ini juga menuntut keperluan organisasi untuk mengadakan beberapa mekanisme pemantauan yang bebas. Namun, tidak semua bukti menunjukkan usaha-usaha ini berkesan dalam mengurangkan jurang maklumat dan meningkatkan akauntabiliti. Keberkesanan mekanisme tadbir urus boleh dipertingkatkan lagi dengan mengambil kira pandangan lain dari perspektif sumber, budaya dan kepelbagaian mekanisme tadbir urus yang ada. Perbincangan juga menunjukkan pandangan mengenai pelaporan dan tadbir urus korporat sebagai suatu sistem dan struktur social dapat mengayakan lagi naratif mengenai keberkesanan mekanisme tadbir urus korporat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US