Pemantauan Pilihan Raya Di Malaysia: Tadbir Urus Dan Peranan Masyarakat Sivil

RM68.00
9789674882068
In stock
+

Pemantauan Pilihan Raya Di Malaysia: Tadbir Urus Dan Peranan Masyarakat Sivil

Author: Muhamad Takiyuddin Ismail, Norazam Mohd Noor
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882068
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM68

Jika ditanya apakah buku yang perlu dirujuk untuk mengetahui perjalanan pemantauan pilihan raya di Malaysia, jawapannya ialah tiada. Berbanding negara-negara lain seperti Filipina, Indonesia dan Thailand, telah terbitnya buku-buku yang memperkatakan mengenai pemantauan pilihan raya di negara-negara berkenaan dari berbagai-bagai aspek. Biarpun kajian mengenai pilihan raya di Malaysia merupakan antara fokus yang begitu subur, kajian mengenai pemantauan pilihan raya merupakan segmen yang terabai. 

Sejak 1990, desakan mengenai kehadiran pemantau pilihan raya sama ada dalam kalangan organisasi domestik dan juga organisasi antarabangsa sentiasa kedengaran. Ia menjadi isu awal yang sentiasa didendangkan sebelum sesuatu pilihan raya atas kebimbangan bahawa sistem pilihan raya di Malaysia gagal menyediakan “padang permainan yang rata”. Kerana itu, kehadiran pihak ketiga yang objektif dan tidak partisan diperlukan untuk menilai perjalanan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) ataupun Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan dari semasa ke semasa. 

Namun adakah pemantauan pilihan raya merupakan mekanisme yang benar-benar bebas dan berwibawa dalam konteks Malaysia? Adakah mereka benar-benar layak dianggap sebagai “penyumbang” dalam menambah baik sistem pilihan raya di Malaysia? Apakah jurang yang wujud di antara jangkaan yang dimainkan oleh organisasi pemantauan pilihan raya dan juga realiti yang mengambil tempatnya? Apakah keterbelakangan sistem pemantauan pilihan raya di Malaysia berbanding Filipina atau Indonesia menyarankan bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak kompeten?  

Justeru, buku ini hadir untuk mengungkai persoalan-persoalan seperti ini. Ia menelusuri secara komprehensif ekologi yang wujud dalam pemantauan pilihan raya di Malaysia – dari aspek sejarah, tipologi kewujudan, pengoperasian, cabaran dan impak yang dikenakan oleh mereka. Liputan buku bukan sahaja mencakupi penjelasan mengenai organisasi pemantauan pilihan raya domestik (DEMOs) yang menjadi fokus utama buku ini tetapi juga pemantau pilihan raya antarabangsa yang hadir di Malaysia sejak Pilihan Raya Umum 1990. Semua perbahasan mengenai perkara ini disentuh dalam buku yang disiapkan bukan sahaja menerusi sumber sekunder, namun penglibatan turut serta kedua-dua penulis dalam pemantauan pilihan raya sejak PRU 2018 dan juga temu bual intensif dengan 48 informan yang terlibat dalam urusan pemantauan pilihan raya di Malaysia, Indonesia dan juga Filipina.

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL (Ph.D) merupakan Profesor Madya di Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah Pendemokrasian dan Pemikiran Politik. Antara buku tulisan beliau ialah Projek Pascaetnik: Melayu dalam DAP (Penerbit UKM, 2018), Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim (Penerbit Universiti Malaya, 2019 dan memenangi Anugerah Buku Negara 2019) dan Tujuh Hari Panjang: Saga Sheraton (Penerbit Universiti Malaya, 2020).

NORAZAM MOHD NOOR (Ph.D) merupakan bekas pelajar siswazah di Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang kini sedang berkhidmat di Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US