Pemasaran Politik Berteraskan Islam Kerajaan Perpaduan, BPMS, Kerjasama Politik dan Muafakat Nasional

RM37.00
9789672231851
In stock
+

Pemasaran Politik Berteraskan Islam Kerajaan Perpaduan, BPMS, Kerjasama Politik dan Muafakat Nasional

Author: Mohd Syakir Mohd Rosdi, Khairul Azlee Mohd Yunus, Khaidir Bachok, Wafdi Auni Mohamed & Habibah Ilias
Publisher: UnisZA Press
ISBN:  9789672231851
Weight: 0.9kg
Pages: 212pp
Year: 2023
Price: RM37

Perbincangan dalam buku ini menumpukan kepada pemasaran politik berteraskan Islam. Pemasaran politik merupakan satu cabang atau disiplin ilmu sosial yang bersifat interdisciplinary. Konsep pemasaran politik ini penting difahami sebagai kaedah pemasaran dalam bidang ilmu politik yang menekankan amalan pendekatan dan taktik pemasaran untuk membantu calon dan parti politik agar lebih berdaya saing dan proaktif serta efektif bagi meningkatkan komunikasi dua hala antara pihak kerajaan dengan masyarakat. Buku ini menghasilkan kerangka konsep pemasaran politik berteraskan Islam. Konsep ini penting difahami agar pembaca lebih jelas akan pergerakan politik kepartian secara Islam yang juga menggunakan pemasaran politiknya secara Islam.

Untuk memahami pemasaran politik berteraskan Islam secara lebih praktikal, buku ini mengetengahkan konsep kerajaan perpaduan, budaya politik matang dan sejahtera, kerjasama politik dan muafakat nasional yang menjadi perhatian pada hari ini agar boleh dinilai oleh para pembaca. Politik kepartian biasanya memerlukan sokongan daripada pelbagai cara dan pendekatan. Antara perkara yang ditekankan dalam pemasaran politik ialah imej, persepsi, perilaku politik, komunikasi berkesan dan publisiti yang dapat membantu memperoleh sokongan politik.

Sasaran pembaca buku ini tertumpu kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mendalami bidang sains politik, politik Islam, pembangunan ekonomi, pembangunan politik, ekonomi politik, dan ekonomi politik Islam. Ia boleh dijadikan sebagai bacaan umum kerana persembahan buku ini dipermudahkan bahasanya agar ia boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat sama ada anak muda, orang dewasa, warga emas, ilmuwan agama, pengamal politik, pemimpin politik atau ahli akademik.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US