Pembangunan Pam Mikro Elektromagnetik Komposit

RM45.00
9789672518341
In stock
+

Pembangunan Pam Mikro Elektromagnetik Komposit

Author: Muzalifah Mohd Said, Jumril Yunas & Badariah Bais
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518341
Weight: 0.406 kg
Pages: 270pp
Year: 2022
Price: RM45

Membran bermagnet merupakan komponen terpenting pada sistem par mikro elektromagnetik (EM). Pam mikro EM adalah peranti mikrobendalir yang menggunakan interaksi elektromagnetik bagi memesongkan membran aktuator bermagnet untuk digunakan dalam peranti bioperubatan seperti sistem penyampaian ubat-ubatan dan makmal-pada-cip dengan menyalurkan dos yang kecil dengan ketepatan yang tinggi dan sampel aliran bendalir yang terkawal. Kebiasaannya, membran aktuator bermagnet diperbuat dari membran nipis yang fleksibel dengan ketulan magnet kekal ditampalkan di atas permukaan membran untuk berinteraksi dengan medan magnet yang terjana pada gegelung EM. Malangnya membran nipis ini mudah pecah manakala magnet kekal boleh tertanggal dari permukaan membran semasa beroperasi disebabkan struktur magnet kekal yang besar dan berat. Bagi mengatasinya, bahan komposit yang diperbuat dari polimer dan serbuk magnet direka dan difabrikasi untuk mendapatkan struktur membran pam mikro EM yang lebih padat dan boleh dipercayai yang memungkinkan pengangkutan bendalir secara terkawal dengan aliran bendalir yang sangat rendah. Proses simulasi ke atas rekabentuk membran adalah menggunakan aplikasi perisian COMSOL Multiphysics. Di dalam buku ini, membran komposit polimer bermagnet dibangunkan dengan melakukan proses sintesis bahan, fabrikasi dan pengujian keseluruhan sistem. Buku ini akan menyediakan garis panduan dan pengetahuan yang berharga untuk saintis dan jurutera yang bekerja dalam industri sensor atau biosensor.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US