Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu
Author/Editor: Ho Hui Ling
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831005057
Weight: 0.3kg
Pages: 286
Year: 2010
Price: RM40
Buku ini mengupas usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan, baik kerajaan British mahupun kerajaan Persekutuan dalam membanteras gerakan komunis di Tanah Melayu ketika zaman darurat (1948-1960). Perbincangan terhadap usaha kerajaan itu dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu tahap permulaan, tahap pengukuhan dan tahap penghapusan. Tahap permulaan (1948-1951) ialah ketika kerajaan merancang dasar dan mengambil langkah permulaan bagi mengawal keadaan darurat di Tanah Melayu. Peringkat ini bermula dengan pengisytiharan Undang-undang Darurat oleh Sir Edward Gent sehingga pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney oleh komunis pada Oktober 1951. Tahap pengukuhan (1952-1954) dalam usaha kerajaan membanteras komunis bermula dengan pelantikan Sir Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi British dan tahap ini berakhir dengan Templer meninggalkan Tanah Melayu setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada pertengahan tahun 1954.
Tahap kedua ini menyaksikan kejayaan usaha kerajaan dalam melemahkan pergerakan komunis dan memenangi sokongan penduduk kepada kerajaan. Tahap penghapusan (1954-1960) pula menyaksikan langkah pembanterasan komunis yang masih bergerak di Tanah Melayu di bawah Sir Donald MacGillivray selaku Pesuruhjaya Tinggi British sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pentadbiran negara seterusnya diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan usaha pembanterasan komunis terus dijalankan sehingga akhirnya zaman darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Usaha-usaha kerajaan tersebut sama ada dari segi politik, ketenteraan, sosial mahupun psikologi akhirnya telah dapat memenangi sokongan penduduk dan melemahkan pergerakan komunis sehingga saki baki komunis terpaksa berundur ke kawasan sempadan Thailand.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.