Pembersihan Jiwa dan Latihan Spiritual Islam

RM44.00
9789672831488
In stock
+

Pembersihan Jiwa dan Latihan Spiritual Islam

Author: Mohd Suhardi Mat Jusoh
Publisher: UMP Press
ISBN: 9789672831488
Weight: 
Pages: 172pp
Year: 2022
Price: RM44

Asas pembersihan jiwa terdiri daripada dua bahagian utama iaitu mengosongkan hati dari pelbagai setiap sifat tercela (takhliyah) dan menghiasinya dengan pelbagai sifat terpuji (tahliyah). Tujuannya adalah untuk mewujudkan perangai yang baik (takhalluq) serta sifat-sifat terpuji (tahaqquq) dan hal ini merupakan kemuncak dari usaha penyucian hati yang dilakukan secara konsisten. Oleh itu, sekiranya proses tazkiyah dapat dilaksanakan secara sempurna, maka hasilnya juga akan sempurna iaitu apabila muncul sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang seperti keyakinan, ikhlas, sabar, syukur, takut dan cinta kepada Allah S.W.T. Sebaliknya, jika proses tazkiyah ini gagal dilaksanakan akan muncul pula dalam diri seseorang pelbagai penyakit hati seperti riya', ujub, terpedaya (ghurur), marah, mengikut jejak syaitan dan sebagainya. Dengan kata lain, keberhasilan proses latihan tazkiyah al-nafs itu dapat dilihat secara nyata dari sudut perlakuan dan perbuatan yang dizahirkan melalui anggota badan sebagai gambaran dari keadaan jiwanya yang bersih atau sebaliknya. Ini bermaksud, sekiranya hati seseorang bersihm maka perbuatan yang terhasil juga adalah baik dan terpuji.  Sebaliknya jika hatinya kotor, maka perbuatan dan tindakannya juga adalah buruk dan tercela. Sehubungan itu, mengetahui ciri-ciri kesucian hati adalah amat penting bagi seseorang kerana setiap tindakan yang dilakukan sama ada kebaikan ataupun kejahatan adalah banyak bergantung kepada pengaruh hatinya. Sungguhpun hati tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi tindakan yang diambil oleh hati seseorang dapat dilihat pada perlakuan dirinya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US