Pemelarian Anak Merentasi Sempadan
Author: Suzana Muhamad Said
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674127121
Pages: 171
Weight:
Year: 2018
Price: RM25
Buku ini mengupas mengenal pemelarian anak merentas sempadan menurut peruntukan perundangan di Malaysia yang meninjau kedudukan semasa berkaitan pemelarian anak masuk ke Malaysia dan keluar dari Malaysia dengan mengkaji kes dan status yang berkaitan. Menurut rukun common law perintah penjagaan anak dari mahkamah luar Malaysia boleh diabaikan demi kebajikan kanak-kanak sebagal keutamaan. Ini mengakibatkan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah untuk mencari forum lain dengan harapan mendapat keputusan memihak kepadanya. Hal ini merupakan antara faktor yang mewujudkan implikasi risiko pemelarian anak oleh ibu atau bapa merentasi sempadan antarabangsa. Buku ini turut mengkaji sama ada remedi perundangan sedia ada di Malaysia mencukupi untuk mencegah pemelarian anak oleh ibu atau bapa merentasi sempadan negara Kerjasama antarabangsa adalah diperlukan bagi menangani pemelarian anak merentasi sempadan, sedangkan Malaysia tidak mempunyai ruang yang sedemikian itu.
Oleh itu, buku ini turut memfokus kepada undang-undang pemelarian anak oleh ibu atau bapa pada peringkat antarabangsa menurut the 1980 Hague Convention on the Civil Aspects of International Child Abduction (' Konvensyen Pemelarian Kanak-kanak 1980 ') dengan meneliti peruntukan-peruntukan utama Konvensyen Pemelarian Kanak-kanak 1980 berkenaan. Malaysia bukan negara anggota dalam Konvensyan Pemelarian Kanak-kanak 1980 dan wajar mempertimbangkan keanggotaannya memandangkan undang-undang antarabangsa tersebut adalah satu mekanisma penyelesaian global berkaitan pemelarian anak oleh ibu atau bapa merentasi sempadan. Perkembangan pendekatan kehakiman di Malaysia dengan pemakaian forum non conveniens dalam permohonan hak penjagaan anak dilihat selaras dengan semangat Konvensyen Pemelarian Kanak-kanak 1980.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.