Pemeliharaan Institusi Kekeluargaan Menurut Maqasid Al-Shari'ah

RM50.00
9786294860780
In stock
+

Pemeliharaan Institusi Kekeluargaan Menurut Maqasid Al-Shari'ah

Author: Wan Nor Adibah Wan Ahmad, A'dawiyah Ismail & Ahmad Irdha Mokhtar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860780
Weight: 0.25kg
Pages: 162pp
Year: 2023
Price: RM50

Pemeliharaan Institusi kekeluargaan merupakan sebuah buku panduan kekeluargaan yang bertujuan untuk melengkapkan para ibu bapa dengan kefahaman Islam dalam melahirkan sebuah keluarga yang berpaksikan maqasid syariah. Ini selari dengan tuntutan Islam yang menghendaki umatnya memahami bahawa perkahwinan bertujuan untuk memastikan perkahwinan tersebut dapat meneruskan kesinambungan ummah, melahirkan zuriat bernasabkan bapa yang sah dan kemenjadian zuriat soleh. Berbeza dengan buku-buku kekeluargaan yang lain, buku ini menghubungkan peranan ibu bapa sebagai murabbi, perlu mendidik anak merangkumi kelima-lima pemeliharaan maqasid syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan atau maruah serta harta. Buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pendidik samada ibu bapa, guru atau mereka yang cintakan ilmu keibubapaan untuk mendidik manusia.

WAN NOR ADIBAH WAN AHMAD, PhD., merupakan pensyarah akademik di Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia, takhasus bidang kekeluargaan Islam. Beliau menulis buku kekeluargaan iaitu buku "Ensiklopedia Keluarga Bahagia" dan penulisan dalam bentuk bab dalam buku "Wanita dan Cabaran Globalisasi". 
A'DAWIYAH ISMAIL. PhD., merupakan Profesor Madya di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam dan felo di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran ialah dakwah, pembangunan wanita dan keluarga Islam. Beliau pernah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Kecemerlangan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Anugerah Bitara UKM dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM. 
AHMAD IRDHA MOKHTAR, PhD., merupakan seorang pensyarah kanan di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan dan felo di Institut Islam Hadhari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai Ijazah di Universiti Ibnu Tofayl, Kenitra, Maghribi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Universiti Hassan II Mohamedia, Maghribi. Di Universiti yang sama, beliau telah mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang takhasus Maqasid Syariah dan Usul Fiqh.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US