Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi

RM55.00
9789672388319
In stock
+

Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi

Author: Chamhuri Siwar, Mohd Azlan Shah Zaidi & Norizan Abdul Razak (sunt.)

Publisher: UKM Press

ISBN : 9789672388319

Weight: 0.51 kg

Year: 2019

Page: 349 pp

Price : RM 55.00

Hasil kajian penyelidikan Pemerkasaan B40 secara 360° (DCP-2017-016) berkaitan pemerkasaan golongan B40 di Malaysia yang berfokuskan isu kesejahteraan ekonomi dan sosial serta strategi, program dan implikasi hasil kajian dihimpunkan di dalam sebuah buku Secara definisi, golongan 840 merujuk kepada golongan 40 peratus terbawah dalam agihan pendapatan, atau dianggap sebagai golongan berpendapatan rendah, berbanding golongan M40 (pertengahan 40 peratus) dan T20 (atas 20 peratus). Buku ini telah dibahagikan kepada dua bahagian utama yang bertemakan "Kesejahteraan Ekonomi dan Sosial untuk Bahagian 1 dan Bahagian 2 membincangkan berkenaan Strategi, Program dan Implikasi kajian-kajian yang telah dijalankan. Secara rumusan, Bahagian 1 mengenal pasti trend, ciri, isu dan cabaran berkenaan gaya hidup golongan 840 berdasarkan corak perbelanjaan, pendapatan dan lebihan pendapatan. Tahap pengetahuan dan tingkah laku kewangan, permasalahan pemasaran digital dan kekentalan golongan berpendapatan rendah juga dibincangkan. Isu pengangkutan awam, status ekonomi serta kesejahteraan di kalangan nelayan B40 turut dikupas. Manakala Bahagian 2 tertumpu kepada strategi dan program yang terpilih dalam memperkasa golongan B40. Ini termasuklah program bantuan kerajaan, pemetaan kemiskinan, pemerkasaan kejiranan, keselamatan makanan dan pelancongan desa. Strategi aplikasi teknologi, program celik kewangan, pengayaan perniagaan perusahaan kecil, dan tanggungjawab sosial korporat juga diketengahkan. Bahagian ini juga membincangkan cabaran dan implikasi berdasarkan program dan isu berkaitan golongan B40. Tuntasnya, buku ini adalah panduan yang amat berguna kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada ahli ekonomi, pensyarah, penyelidik dan pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan status dan isu-isu penting berkenaan golongan B40 di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US