​Pemikiran Dakwah dalam Penulisan Kisah Nabi dan Rasul di Alam Melayu

RM46.00
9789674883546
In stock
+

Pemikiran Dakwah dalam Penulisan Kisah Nabi dan Rasul di Alam Melayu

Author: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Khazri Osman
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883546
Weight: 
Pages: 
Year: 2024
Price: RM46

Buku ini mengupas pemikiran dakwah dalam penulisan kisah nabi dan rasul yang diterapkan dalam kesusasteraan Melayu-Islam tradisional. Ia berfokus kepada metodologi dakwah melalui pendekatan penulisan berhikmah yang menggabungkan unsur mendorong (al-targhīb) dan mengancam (al-tarhīb), sebagaimana dianjurkan dalam Surah al-Naḥl 16:125. Analisis teks utama, Surat al-Anbiya’, mengungkap elemen-elemen dakwah yang disampaikan melalui naratif kisah para nabi dan rasul, memperlihatkan transformasi sastera Melayu tradisional selepas pengaruh Hindu-Buddha kepada Islam.

Karya ini membincangkan bagaimana kisah nabi dan rasul yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis disampaikan melalui genre hikayat Melayu berunsur Islam. Ia turut menilai peranan hikayat ini dalam menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat Melayu-Islam secara meluas dan berkesan. Namun, penulis turut mengkritik elemen-elemen tidak sahih seperti riwayat Isrā’īliyyāt dan sinkretisme yang mencemari keaslian naratif tersebut, seterusnya memberi kesan kepada kefahaman dan akidah umat Islam.

Buku ini bukan sahaja memberikan sumbangan kepada sejarah perkembangan tradisi kesusasteraan Melayu, malah turut menawarkan perspektif dakwah yang lebih mendalam. Dengan memadukan tradisi persuratan Melayu dengan disiplin ilmu Islam, ia memberikan panduan kepada pengkaji dan pendakwah untuk memastikan kandungan dakwah menepati prinsip epistemologi Islam.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US