Pemikiran Mufasir Wanita Palestin

RM60.00
9789674883126
In stock
+

Pemikiran Mufasir Wanita Palestin 

Author: Maslina Muhammad, Mustafa Abdullah & Monika @ Munirah Abd Razzak
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883126
Weight: 
Pages: 
Year: 2024
Price: RM60

Pendedahan dan informasi tentang penglibatan dan sumbangan wanita dalam bidang tafsir sangat kurang diketahui umum. Bahkan terlalu sedikit karya berkaitan Ulum al-Quran atau manhaj al-mufassirin yang membariskan nama atau tokoh wanita yang pakar dalam bidang al-Quran sebagai seorang mufasirah atau ahli tafsir wanita.

Karya ini memuatkan data-data penting berkaitan sumbangan wanita dalam bidang tafsir. Ia melibatkan sejarah penglibatan wanita dalam bidang tafsir bermula seawal permulaan dakwah di zaman Rasulullah SAW, seterusnya perincian biografi beberapa orang mufasirat bermula dari mufasirah pertama sehinggalah mufasirah pada abad ke-21.

Tokoh mufasirah yang menjadi fokus perbincangan dalam buku ini ialah Nailah Hashim Sabri yang terkenal pada abad ini khususnya di Semenanjung Tanah Arab. Melalui fokus perbincangan buku ini terhadap karya tafsir karangan Nailah Hashim Sabri iaitu al-Mubsir li Nur Al-Quran, menonjolkan personaliti Nailah Hashim Sabri sebagai satu-satunya mufasirah yang berjaya menghasilkan sebuah karya tafsir yang lengkap merangkumi 30 juz al-Quran. Sekali gus, buku ini mengetengahkan idea, bentuk pemikiran dan gagasan yang dilontarkan oleh beliau dalam karya ini.

Idea dan pemikiran Nailah Hashim Sabri yang diinterpretasikan dalam karya tafsirnya tersebut, serta metodologi pentafsirannya yang merangkumi aspek pemikiran dakwah, politik dan sosio kemasyarakatan dilontarkan dalam bentuk uslub dan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US