Pendahuluan Farā‘iḍ: Penggal yang Pertama
Author: al-Ḥāji ‘Uthmān bin al-Ḥāji Muḥammad Sa‘īdSyed Muhammad Naquib al-Attas
Publisher: Akademi Jawi Malaysia-Klasika Media
ISBN: 9789671571682
Pages: 143pp
Year: 2019
Price: RM25
Kitāb ini juga ialah judul pertama dalam Siri Mu'āmalat Jāwī, yang mana siri ini menghimpunkan judul bahasa Jāwī yang membicarakan pengurusan harta pusaka, perniagaan dan perdagangan.
Kitāb Pendahuluan Farā'id: Penggal yang Pertama ini dikarang oleh al-Ḥāji 'Uthmān bin al-Ḥāji Muḥammad Sa'īd (lahir pada 1899) yang pernah berkhidmat sebagai guru, Ketua Pemeriksa Ḥāl-Ḥāl Agama Johor (1945) dan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Agama Johor (1950-1954).
Adapun keistimewaan terbitan ini ialah:
• Dipersembahkan dalam bentuk sō'al jāwab bagi kegunaan para pelajar sekolah-sekolah agama negeri Johor, justeru, adalah bermanfa'at sekali untuk diangkat kembali bagi kegunaan mashārakat kini bagi memahami dan mendalami 'ilmu farā'id.
• Ma'nā bagi setiap kata kunci yang digunapakai dalam 'ilmu farā'id, mithālnya dhawī al-arḥām, ḥujub, 'aṣabah, 'awl dan sebagainya.
• Qā'idah kiraan berdasarkan kes-kes tertentu yang dipersembahkan dalam bentuk jadwal mudah.
• Naskhah aṣal dalam bahasa Jāwī dilampirkan
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.