Pengajaran Al-Quran dan Hadis Di Malaysia

RM38.00
9786294865785
In stock
+

Pengajaran Al-Quran dan Hadis Di Malaysia

Author: Najah Nadiah Amran, Hamdi Ishak & Mohd Faizulamri Mohd Saad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865785
Weight: 307 g
Pages: 201 pp
Year: 2025
Price: RM38

Al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber utama dalam kehidupan umat Islam. Penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira menjadi detik bersejarah yang mencetuskan kebangkitan Islam dan pembinaan tamadun. Hadis pula menjadi panduan amali dan teladan hidup yang membentuk akhlak serta jati diri Muslim. Pengajaran kedua-dua sumber ini harus disampaikan secara berkesan kepada semua golongan tanpa mengira latar usia, jantina mahupun berkeperluan khas. Kaedah penyampaian turut berevolusi, menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan tuntutan semasa. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu tema pengajaran al-Quran dan tema pengajaran hadis. la mengupas cabaran dan pendekatan semasa dalam pendidikan kedua-dua sumber wahyu ini, termasuk bagi murid berkeperluan khas, pelajar institusi pengajian tinggi serta komuniti umum. Antara yang diketengahkan adalah model cinta ilmu yang menekankan kesinambungan warisan turath Islam dalam konteks masa kini. Penulisan ini juga mengangkat ketokohan ulama tradisi dan kontemporari, serta menyoroti peranan guru al-Quran wanita pada peringkat akar umbi. Selain itu, penekanan diberi kepada aspek tadabbur dalam hafazan al-Quran, tilawah al-Quran serta potensi terapi al-Quran dalam menangani isu kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan emosi, strok dan gangguan psikologi. Dalam konteks hadis, buku ini membincangkan pelbagai kaedah pengajaran, kelompok teks utama dan faktor-faktor yang menjadikan pengajian hadis terus relevan di masjid Malaysia dan dalam masyarakat majmuk. Selain itu, perubahan norma selepas pandemik turut memperlihatkan kemunculan pendekatan baharu berasaskan teknologi, termasuk penggunaan E-SULAM, amalan pembelajaran berbasiskan khidmat masyarakat secara digital yang bersifat transformatif dan berimpak tinggi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US