Pengajian Hadis Di India Dan Pengaruhnya Di Malaysia
Author: Faisal Ahmad Shah
Publisher: UM
Press
ISBN: 978-983-100-852-2
Year: 2016
Weight: 0.200
kg
Pages: 204
pp
Price: RM46
Buku Pengajian Hadis di India dan Pengaruhnya di Malaysia ini berusaha mengenal pasti sejauh mana pusat-pusat pengajian Islam di India berperanan dalam mengembangkan pengajian hadis seterusnya melahirkan tokoh ulama dan karya hebat dalam bidang hadis. Buku ini dimulakan dengan memperkenalkan beberapa tokoh ulama hadis India berdasarkan dua aliran utama iaitu aliran deobandi yang diwakili oleh ulama Deoband dan Mazahir al-Ulum seterusnya aliran hadis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa keduadua aliran tersebut mempunyai kekuatan masing-masing dalam perkembangan pengajian hadis di India. Karya-karya mereka berserta metodologi penulisan yang digunakan menyerlahkan bahawa kewibawaan tokoh-tokoh ulama hadis India setanding dengan ulama-ulama hadis Timur Tengah yang lain. Pengenalan kepada daurah hadith dan takhassus hadith di Darul ‘Ulum Deoband, Mazahir al-‘Ulum, Darul Ulum Nadwatul Ulama Lucknow dan Universiti Islam Sanabil mengesahkan kesungguhan mereka dalam menghidupkan pengajian hadis di India. Pengaruh sistem pengajian hadis di India terhadap Malaysia sangat besar melalui penubuhan madrasah dan pusat pengajian yang menggunakan sistem pengajian hadis di India oleh tokoh-tokoh ulama Malaysia lepasan pengajian India. Antaranya Madrasah Miftah al-‘Ulum Bandar Baru Seri Petaling, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kauthar (PPADK), Madrasah al-Quran Kubang Bujuk, Darul al-‘Ulum li Ihya’ Ulum al-Din di Langgar, Kedah dan Maahad Darul Hadith di Kedah.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.