​Pengajian Ilmu Qiraat Teori dan praktikal

RM40.00
9789672519430
In stock
+

Pengajian Ilmu Qiraat Teori dan praktikal

Author: Sabri Mohamad & Mohd FaizulAmri Mohd Saad
Publisher:  UKM Press
ISBN:  9789672519430
Weight: 0.375
Pages: 248pp
Year: 2022
Price: RM40

Ilmu Qira'at sangat berkait dengan al-Quran. Ilmu yang bersumberkan wahyu ini telah diasaskan pada zaman Rasulullah SAW yang sehingga kini masih berkekalan diamalkan di seluruh pelusuk dunia. Ilmu ini juga telah diperkembangkan, disuburkan, diperkasakan dan dicatat dari satu generasi ke generasi berikutnya dengan jayanya. Nama-nama ulama yang tersohor seperti Imam Ibn Mujahid, Imam Abu Amru al-Dani, Imam al- Shatibiy, Imam Ibn al-Jazari dan ramai lagi telah mewarnai pengajian ilmu ini dengan penuh berkesan melalui sumbangan-sumbangan mereka yang sangat bernilai dan berharga. Antara keperluan utama dalam pengajian ilmu qira'at adalah dengan menguasainya secara teori dan praktikal termasuk istilah-istilah yang digunakan. Disiplin yang perlu diikuti oleh semua penuntut ilmu ini antaranya adalah dengan mempelajari dan menguasai terlebih dahulu dalil-dalil daripada matan-matan ilmu qira'at seperti matan Qira'at Tujuh Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani/al-Shatibiyyah, matan Qira'at Sepuluh al-Tayyibah dan matan Qira'at Tiga Durrah al-Mudi'ah.

Perbincangan dalam buku ini dibahagikan kepada enam bab utama. Bab 1 menjelaskan tentang pengenalan ilmu qira'at, sejarah dan isu- isu yang berkaitan. Bab 2 pula merangkumi penjelasan tentang biodata qurra', metodologi qira'at bagi setiap qurra' dan karya-karya utama yang dihasilkan dalam pengajian ilmu qira'at. Dalam Bab 3 pula, dijelaskan tentang hubungan ilmu qira'at dengan ilmu-ilmu lain seperti tajwid, rasm al-Quran, dabt al-Quran, tawjih al-Qira'at dan lain-lain. Seterusnya, bab keempat pula membincangkan tentang shubhat dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh segelintir sarjana Islam dan orientalis barat terhadap qira'at serta sanggahannya.

Perbincangan dalam Bab 5 pula merangkumi perbincangan berkaitan Qira'at Shadhdhah dan topik-topik yang berkaitan. Manakala Bab 6 menghuraikan dalil-dalil umum daripada matan pilihan, matan Hirz alAmani wa Wajh al-Tahani/al-Shatibiyyah dan susunan bacaan qira'at pada awal surah al-Baqarah untuk praktikal bacaan jama' al-Qira at. Ini kerana, para pembaca perlu menguasai dalil-dalil ini dengan baik terlebih dahulu sebelum mempraktikkan bacaan tersebut dalam bacaan al-Quran. Dalil-dalil yang dikemukakan adalah merangkumi keperluan untuk mempraktikkan bacaan dalam bab praktikal bacaan al-Quran.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US