Pengangkutan Awam: Prestasi dan Strategi ke Arah Sistem Pengangkutan Mampan
Author: Muhamad Nazri Borhan, Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim, Riza Atiq Abdullah Ok Rahmat
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-404-6
Weight:
Pages: 201
Year: 2021
Price: RM40
Pengangkutan Awam: Prestasi dan Strategi ke Arah Sistem Pengangkutan Mampan
Pengangkutan awam merupakan mod terpenting dalam perhubungan yang berpotensi untuk
menyumbang kepada domain pembangunan mampan seperti persekitaran, ekonomi dan sosial.
Namun, potensi ini masih lagi belum dapat dicapai sepenuhnya disebabkan persaingan dengan
pengangkutan persendirian. Persaingan ini merupakan satu fenomena yang turut menjadi cabaran
kepada Wilayah Perseketuan Putrajaya di Malaysia. Putrajaya telah menyasarkan penggunaan
pengangkutan awam sebanyak 70% untuk membuat perjalanan dalam kawasan tersebut. Namun,
kadar penggunaan pengangkutan awam adalah lebih rendah berbanding kenderaan persendirian
dengan nisbah 15:85. Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti perkhidmatan parkir dan naik
(P&N) gagal untuk menarik pengguna untuk menggunakan kemudahan tersebut. Perkhidmatan bas
awam pula tidak mendapat sambutan daripada pengguna kerana kualiti perkhidmatan yang disediakan
tidak menepati jangkaan pengguna seperti tidak menepati masa dan mengambil masa yang lebih
lama untuk sampai ke destinasi. Matlamat buku ini adalah untuk mengetengahkan satu pendekatan
baru bagi mempengaruhi pengguna bertukar kepada pengangkutan awam. Bagi mendalami isu ini,
Teori Perilaku Terancang (TPB) dan kaedah pilihan keadaan digunakan untuk meramal keing
pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. TPB lanjutan telah digunakan untuk menjelaskan
pilihan mod perjalanan. Maklumat daripada dua kumpulan pengguna telah dibincangkan dalam buku
ini seperti (1) pengguna yang tinggal di Putrajaya yang merujuk kepada penggunaan perkhidmatan
bas dan (2) pengguna yang tinggal di luar Putrajaya yang merujuk kepada perkhidmatan P&N.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.