​Pengaturcaraan dalam Persekitaran Kacau-bilau

RM20.00
9789672513162
In stock
+

Pengaturcaraan dalam Persekitaran Kacau-bilau

Author: Abdullah Mohd Zin 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513162
Weight:
Pages: 105pp
Year: 2021
Price: RM20

Perisian adalah penting dalam kehidupan kita. Satu masalah utama dalam pembangunan perisian ialah banyaknya projek perisian yang menghadapi kegagalan. Daripada kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Standish pada tahun 2017, hanya 36% projek pembangunan perisian yang berjaya, manakala 64% lagi sama ada dipertikaikan atau ditolak. Terdapat beberapa penyebab kepada kegagalan perisian, dan satu daripadanya ialah, akibat berlakunya suasana kacau-bilau yang mengganggu proses pembangunan perisian. Syarahan perdana ini mengemukakan pandangan bahawa masalah kegagalan perisian boleh diatasi dengan memastikan pembangunan perisian dilakukan oleh juruaturcara yang berkualiti. Juruaturcara berkualiti hanya boleh dihasilkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang berkesan. Untuk mencapai tujuan tersebut, syarahan ini membincangkan tiga langkah yang telah dikemukakan bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Pertama, penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang sesuai. Kedua, pembinaan budaya pengaturcaraan berkualiti sejak awal. Ketiga, penekanan kepada pemahaman dan pemilihan metodologi pembangunan perisian yang sesuai. Pemilihan metodologi pembangunan perisian yang sesuai sangat penting terutamanya dalam menghadapi suasana kacau-bilau. Metodologi yang banyak digunakan pada masa ini ialah Metodologi Pembangunan Tangkas. Namun begitu bagi menghadapi suasana kacau-bilau, metodologi ini tidak sesuai. Suasana kacau-bilau bukan sahaja melibatkan perubahan dalam keperluan perisian, tetapi juga perubahan dalam aspek yang lain seperti perubahan kos, perubahan masa dan perubahan teknologi. Justeru, bagi menghadapi suasana kacau-bilau, syarahan ini mengemukakan satu metodologi baharu yang dikenali sebagai Metodologi Adaptif. Metodologi Adaptif ini didapati sesuai digunakan bagi proses pembangunan perisian berskala besar atau sangat besar. Namun bagi pembangunan berskala sederhana, penggunaan metodologi adaptif mungkin tidak sesuai kerana ia boleh melibatkan kos yang agak besar. Bagi mengatasi masalah kegagalan perisian bagi projek bersaiz sederhana pula, syarahan ini turut memperkenalkan satu pendekatan pengaturcaraan pengguna akhir yang dikenali sebagai pengaturcaraan berasaskan blok.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US