Penghakiman Bersejarah Mahkamah Agung Pakistan Berkenaan Riba

RM35.00
Out of stock

Penghakiman Bersejarah Mahkamah Agung Pakistan Berkenaan Riba

Penulis: Muhammad Taqi Usmani

Penterjemah: Muhammad Zainiy Uthman & Mohd Hilmi Ramli

Penerbit: CASIS & HAKIM

Tahun: 2017

Bil. Muka surat: 226

Kulit: Lembut

Persoalan ribā yang dibangkitkan dalam penghakiman ini sangat penting untuk difahami dalam amalan perbankan dan kewangan Islām semasa yang beroperasi dalam kerangka perbankan dan kewangan moden. Memang benar hujah pihak perayu yang mengatakan bahawa ribā yang wujud dan dimaksudkan dalam al-Qur‘ān dan hadith Nabi adalah ribā yang berkaitan dengan amalan ekonomi antara individu dengan seorang individu yang lain seperti yang pernah berlaku dalam sejarah umat Islām. Ini kerana belum wujud lagi entiti kewangan seperti syarikat (corporation), syarikat multi-nasional (multi-national company) dan institusi perbankan dan kewangan, yang semua entiti ini wujud atas takrif “orang” di sisi undang-undang yang dikenali sebagai badan hukum (legal person). Bagi mereka, ribā yang diharamkan adalah ribā yang melibatkan individu dengan individu sahaja, manakala amalan bayaran lebihan yang berganda atas wang pokok mereka antara badan hukum tidak dianggap sebagai ribaā yang diharamkan.

Namun, Muhammad Taqi Usmani dan barisan Hakim yang bijaksana yang terlibat mempertahankan hujah mereka berdasarkan tafsiran al-Qur‘ān, Hadīth Nabi dan keahlian Para Sahabat dalam memahami sifat hakiki ribā, bukti sejarah, dan kefahaman mereka tentang operasi perbankan dan kewangan semasa, bahawa istilah dan konsep ribā adalah suatu yang jelas lagi terang, tidak mengira masa, tempat dan situasi, bersesuaian dipakai pada setiap individu dan entiti.

"The book is originally a court verdict on riba by Sheikh Taqi Usmani, the retired Chief Judge of Pakistan and renown scholar in Islamic finance. The judgment has created havoc among the regulators, academicians, scholars, banking and financial practitioners because for the first time in the modern history that the matter of riba was brought to the supreme court and after a long and thorough debate in the court, it was finally declared as impermissible."

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US