Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh Siri 2 Sumber Hukum Syarak

RM37.00
978-983-52-1159-1
Out of stock
Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh Siri 2 Sumber Hukum Syarak

Author: Selamat Hashim

Publisher: UTM Press

ISBN: 978-983-52-1159-1

Year: 2016

Pages:

Weight:

Price: RM37

Buku Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh mengandungi tiga siri, iaitu Siri I: Hukum Syarak, Siri II: Sumber Hukum Syarak, dan Siri III: Kaedah Penetapan & Perundangan Hukum Syarak.

Siri II: Sumber Hukum Syarak yang mengandungi 12 bab ini membincangkan sumber yang menjadi pegangan ulama dalam menetapkan hukum syarak ke atas sesuatu perkara. Sebanyak 11 sumber hukum syarak, iaitu empat sumber yang disepakati dan tujuh sumber yang berbeza pandangan ulama mengenainya dimuatkan dalam siri ini.

Hukum fiqh pada awal perkembangannya adalah dalam bentuk hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sumber hukum tersebut ialah al-Quran dan hadis. Pada zaman sahabat terdapat tiga sumber hukum fiqh, iaitu al-Quran, sunah, dan ijtihad para sahabat.

Semakin hari kawasan pemerintahan Islam semakin bertambah luas. Umat Islam mula berhadapan dengan perkara yang tidak mereka duga sebelum ini. Hal ini memaksa para mujtahid terus mengkaji. Perkembangan ini menjadikan bidang perundangan hukum fiqh semakin bertambah luas. Pada tahap perkembangan ini, hukum fiqh terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu (i) hukum Allah dan Rasul-Nya, (ii) fatwa sahabat, dan (iii) fatwa para mujtahid. Sumber bagi hukum ini ialah al-Quran, sunah, ijtihad sahabat, dan ijtihad ulama mujtahid

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US