Pengurusan Kejat: Kepentingan Pemikiran Kejat dan Modal Insan

RM30.00
9789672513452
In stock
+

Pengurusan Kejat: Kepentingan Pemikiran Kejat dan Modal Insan

Authors: Roshayati Abdul hamid
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513452
Weight: 0.17kg
Pages: 94pp
Year: 2021
Price: RM30

Pengurusan Kejat (Lean Management) merupakan salah satu amalan terbaik (best practices) di dalam Pengurusan Kualiti yang membawa kepada kecekapan tahap pengeluaran dan perkhidmatan yang tinggi. Pengurusan Kejat berasal daripada Toyota Production System (TPS) dan diperkenalkan oleh Womack, Jones dan Roos dalam karya mereka "The Machine That Change the World" pada tahun 1990. Rentetan daripada karya tersebut, beberapa penyelidik telah mula menyelidik tentang tatacara amalan Pengurusan Kejat dan bagaimana ianya dipraktikkan. Namun, tujuan buku ini adalah untuk mengupas bagaimana Pengurusan Kejat dapat merealisasikan impian organisasi dan pekerja. Buku ini telah membincangkan faktor-faktor kritikal yang mendorong kejayaan Pengurusan Kejat. Faktor-faktor telah dikenal pasti melalui sebuah kajian yang dijalankan dibeberapa buah hospital di Malaysia. Kajian tersebut telah membawa kepada satu penemuan faktor khusus yang selari dengan konsep Pengurusan Kejat, iaitu pembangunan pemikiran atau dikenali sebagai Pemikiran Kejat (Lean Thinking). Organisasi memerlukan pekerja untuk menjayakan Pengurusan Kejat. Melalui Pengurusan Kejat, pekerja dapat membangunkan kemahiran berfikir dan rasa dihargai. Buku ini turut membincangkan konsep "Kejayaan Milik Bersama" dalam Pengurusan Kejat, iaitu bagaimana Pemikiran Kejat berupaya mengasah pemikiran modal insan. Bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pekerja tetapi juga dapat melahir pekerja yang berbakat.

ROSHAYATI ABDUL HAMID, PhD., Pensyarah Kanan di Pusat Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang penyelidikan beliau meliputi Pengurusan Operasi, Pengurusan Kualiti, Pengurusan Rantaian Bekalan dan Kelakuan Organisasi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US