​Pengurusan Kerja Rumah Yang Efektif

RM110.00
9789831007785
In stock
+

Pengurusan Kerja Rumah Yang Efektif

Author/Editor: Mohammed Sani Ibrahim • Saedah Siraj • Norlidah Alias

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831007785

Weight: 300

Pages:

Year: 2014

Price: RM110


Buku Pengurusan Kerja Rumah Yang Efektif diterbitkan khas untuk dirujuk oleh Pengetua/Guru Besar, pentadbir-pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, guru pelatih kursus perguruan, para pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi, para pensyarah di Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Panitia, Guru Cemerlang dan para pelajar Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dan semua pihak yang berminat dalam aspek pengurusan kerja rumah, termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kandungannya memaparkan pelbagai aspek pengurusan kerja rumah yang efektif. Buku ini memfokuskan lima bahagian iaitu (1) Konsep Pengurusan Kerja Rumah; (2) Penglibatan Ibu Bapa dalam Pengurusan Kerja Rumah; (3) Penyelidikan Tentang Pengurusan Kerja Rumah; (4) Pengurusan Kerja Rumah untuk Pelajar-pelajar Berkeperluan Khas; dan (5) Strategi Mentransformasikan Pengurusan Kerja Rumah. Antara tajuk-tajuk yang dikemukakan termasuklah konsep kerja rumah, sejarah dan budaya kerja rumah, jenis kerja rumah, strategi penyemakan kerja rumah yang berkesan, pelbagai pendekatan dalam penyelidikan tentang kerja rumah, strategi memantapkan pengurusan kerja rumah di sekolah dan rumah, penglibatan ibu bapa dalam pengurusan kerja rumah, strategi memotivasikan anak-anak untuk menyiapkan kerja rumah, kerja rumah dan kemahiran berfikir aras tinggi, kerja rumah dan pencapaian, dan teknik penggubalan Polisi Kerja Rumah di sekolah. Bahan-bahan yang dimuatkan di dalam buku ini mampu membantu dalam mentransformasikan sekolah-sekolah Malaysia menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US