Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah

Old price: RM50.00
RM44.00
You save: RM6.00 (12%)
Save 12%
9786297662428
In stock
+

Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah

Author: Ramli Dollah & Amrullah Maraining
Publisher: Penerbit UMS 
ISBN: 9786297662428
Weight: 0.55 kg
Pages: 341 pp
Year: 2025
Price: RM50

Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah mengupas secara komprehensif pendekatan menyeluruh kerajaan Malaysia dalam mengurus keselamatan di Pantai Timur Sabah, sekaligus menunjukkan kesungguhan negara dalam melindungi wilayah yang strategik ini. Pantai Timur Sabah atau wilayah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESS Zone), merupakan kawasan yang sangat strategik kerana kedudukannya di Sempadan Tiga Negara atau Tri-Border Area (TBA). Kedudukan geografi yang bersempadan laut dengan selatan Filipina dan darat dengan Indonesia menjadikannya kawasan berisiko tinggi terhadap pelbagai ancaman tradisional dan bukan tradisional. Berhadapan dengan ancaman ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di wilayah ini.

Pendekatan yang diambil tidak terhad kepada penubuhan agensi keselamatan seperti ESSCOM, operasi ketenteraan atau penempatan aset keselamatan semata-mata, tetapi turut merangkumi inisiatif bukan ketenteraan seperti penglibatan bersama komuniti, perang psikologi dan pembangunan sosio-ekonomi bagi memperkukuh daya tahan masyarakat setempat. Selain usaha unilateral, Malaysia juga terlibat secara langsung dalam kerjasama serantau melalui diplomasi dan kolaborasi keselamatan bilateral, trilateral, dan multilateral. Inisiatif seperti dasar memakmurkan jiran, Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) dan BIMP-EAGA memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memastikan keselamatan di kawasan sempadan secara bersepadu dan berkesan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US