Pengurusan Latihan di Tempat Kerja

RM25.00
9786294860162
In stock
+

Pengurusan Latihan di Tempat Kerja

Editor: Nur Izzaty Mohamad, Mohd Helmi Ali & Azman Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860162
Weight: 
Pages: 120p.p
Year: 2023
Price: RM25

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keberkatan dan keredhaanNya, maka penerbitan buku ini dapat dijayakan dengan sempurna. Edisi buku ini telah diolah semula dalam bentuk penulisan buku dimana penulisan asalnya diperoleh daripada sebuah tesis penyelidikan Doktor Falsafah Peradaban Islam pada tahun 2020 yang bertajuk "Perhubungan di Antara Peranan Pengurusan Dalam Program Latihan, Motivasi Pembelajaran dan Gelagat Pekerja di Agensi-agensi Pusat Kerajaan Persekutuan Malaysia". Buku ini dikarang semula berdasarkan beberapa topik terpilih untuk ditafsirkan dalam bentuk yang mudah difahami untuk membantu para akademik, penyelidik dan masyarakat dalam memahami dengan sebaiknya tentang kandungan utama buku. Topik yang dimuatkan dalam buku ini membincangkan tentang aspek peranan pengurusan dalam program latihan dalam mempengaruhi gelagat pekerja yang positif. Elemen yang ditekankan ialah sokongan pengurusan dan kandungan latihan. Selain itu, buku ini juga membincangkan pengaruh motivasi pembelajaran terhadap perhubungan di antara peranan pengurusan dalam program latihan dengan gelagat pekerja. Penulisan buku ini turut mengambil kira pandangan sarjana Islam dan sarjana Barat dalam menjelaskan tentang elemen sokongan pengurusan, kandungan latihan, motivasi pembelajaran dan gelagat pekerja dan cuba mendekatkan para pembaca dengan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang digabungkan bagi memperoleh maklumat yang lebih meluas. Pemilihan aspek ini diketengahkan kerana kebanyakan kajian lepas menyatakan bahawa keupayaan pengurusan mengamalkan sokongan pengurusan dan mereka bentuk kandungan latihan secara teratur dapat mempengaruhi gelagat pekerja yang positif di samping kehadiran motivasi pembelajaran sebagai faktor penting dalam hubungan ini. Demikian itu, buku ini akan menilai sejauhmana kepentingan dan keberkesanan motivasi pembelajaran dalam mempengaruhi peranan pengurusan latihan dan gelagat pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US