Pengurusan Wakaf Tanah Perkuburan Lama Yang Tidak Berdaftar
Author: Irwan Mohd Subri, Mohd Hapiz Mahaiyadin, Jasni Sulong, Zulfaqar Mamat.
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789670001470
Page: 109 m/s
Year: 2022
Price: RM34
Buku ini membincangkan isu status tanah perkuburan yang tidak mempunyai dokumen wakaf di Malaysia dengan mengambil negeri Pulau Pinang sebagai contoh. Sejak tahun 1995 sehingga tahun 2018, sebanyak 30 kes telah direkodkan mengenai isu permohonan pemindahan kubur di atas tanah yang tidak didaftarkan sebagai tanah wakaf bagi tujuan pembangunan dan lain-lain di Pulau Pinang.
Permasalahan ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran pengurusan tanah wakaf di peringkat negeri kerana ketiadaan enakmen khas yang menyatakan bahawa kedudukan tanah yang mempunyai kubur perlu didaftarkan sebagai tanah wakaf. Isu ini juga secara tidak langsung berkait rapat dengan hukum fiqah terhadap wakaf-wakaf yang tidak jelas penyerahannya.
Buku ini juga mencadangkan hukum fiqah dan garis panduan untuk menyelesaikan isu tanah kubur yang tidak mempunyai dokumen wakaf di negara ini. Buku ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan isu berkaitan wakaf-wakaf yang tidak jelas statusnya terutama tanah wakaf untuk perkuburan seterusnya menjadi rujukan kepada para penyelidik, ahli akademik, para pelajar dan juga Jabatan Mufti Negeri-negeri.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.