Pentafsiran Semula Masyarakat Tidak Sivil : Perbandingan Malaysia Dan Filipina

RM56.00
9789674884062
In stock
+

Pentafsiran Semula Masyarakat Tidak Sivil : Perbandingan Malaysia Dan Filipina

Authors: Muhamad Takiyuddin Ismail, Sharifah Nursyahidah Syed Annuar dan Durrah Abd Malek
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884062
Tahun: 2025
Weight: gsm 
Pages: 210 pp
Price: RM56

Masyarakat sivil merupakan kerangka yang dibentuk oleh tradisi politik Barat. Justeru, pentakrifan dan pengoperasiannya cenderung digunakan dalam konteks dan maksud yang sehala dan mesra demokrasi liberal. Malah, ia dihujahkan telah diadaptasi secara bebas ke negara-negara yang mempunyai tingkat dan kefahaman demokrasi yang berbeza. Realitinya, masyarakat sivil tidak harus disinonimkan sebagai unsur pendemokrasian yang benar-benar kudus. Kecenderungan untuk memperbesar-besarkan sisi positif masyarakat sivil telah mendorong pembentukan satu lagi wacana yang berat sebelah iaitu “masyarakat tidak sivil”. Wacana ini merupakan satu lagi cubaan untuk mengasingkan apa yang didakwa gerakan yang tidak kondusif kepada semangat demokrasi. Dengan mengambil kajian kes Malaysia dan Filipina, buku ini menghujahkan bahawa “masyarakat sivil” yang sering dianggap  sebagai savior civil society boleh bertukar menjadi “masyarakat tidak sivil” kerana memperdalamkan perpecahan masyarakat yang telah terinstitusi kuat. Pentakrifan “masyarakat tidak sivil” juga telah dibangunkan secara sempit dan eksklusif terhadap segmen tertentu dan mengesampingkan hakikat yang masyarakat sivil mempunyai sisi kebejatan tersendiri dan tidak semestinya mempunyai kejelasan moral yang lebih unggul. Realitinya, elemen yang sering dilihat sebagai “masyarakat tidak sivil” turut mewakili suara rakyat terbanyak dan menyumbang kepada pendemokrasian. 

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US