Penyelidikan Dalam Amalan Kaunseling
Author: Othman Mohamed, Maznah Baba, Wan Marzuki Wan Jaafar
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673440276
Page: 116 m/s
Weight: 0.226kg
Year: 2008
Price: RM35
Kandungan buku ini jelas menunjukkan bahawa konseptualisasi tentang penyelidikan serta hasil penyelidikan memberi implikasi ke atas pendidikan dan amalan kaunseling. Tumpuan diberikan kepada aspek metodologi penyelidikan, isu yang dihadapi oleh kelompok remaja, isu alam perkahwinan dan isu usaha mempertingkatkan kompetensi kaunselor pelatih dalam program pendidikan kaunselor.
Perbincangan aspek metodologi penyelidikan dalam buku ini menggariskan kepentingan konseptualisasi dan amalan pengukuran kebolehpercayaan yang memenuhi piawaian Sains Sosial Terapan agar kajian oleh para sarjana tempatan setanding dengan komuniti sarjana antarabangsa.
Turut dibincangkan kajian kaedah kualitatif ke atas remaja yatim berbangsa Melayu dan permasalahan anak yatim. Masyarakat Malaysia sekarang sedang berhadapan dengan cabaran perubahan, maka sempadan amalan kaunseling terbuka begitu luas dan meliputi fenomena yang berlaku dalam bidang kornuniti, kekeluargaan dan perkahwinan.
Fenomena kecurangan dalam perkahwinan dibincangkan sebagai isu yang diberi perhatian dalam penyelidikan kaunseling. Kajian tentang penyeliaan kaunseling, kepastian kerjaya dan penggunaan komputer menunjukkan betapa pentingnya bidang penyelidikan baru dalam kaunseling yang wajar diterokai oleh para penyelidik.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.