Penyelidikan Linguistik Melayu
Author: Mohammad Fadzeli Jaafar
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834937058
Year: 2022
Pages: 224pp
Weight: 276g
Price: RM42
Buku ini menawarkan dua komponen penting yang lazim terdapat dalam sesuatu penyelidikan, iaitu isu dan kaedah atau teknik pengumpulan data. Isu merujuk topik kajian, misalnya sikap dan pilihan bahasa penutur dalam konteks sosiolinguistik variasi bahasa (sebutan dan pertuturan), dan perbandingan aspek morfosintaksis antara dialek Minangkabau dengan Negeri Sembilan. Turut dibincangkan aspek leksikal dan kesejajaran dalam perbilangan adat; dan pola ujaran dan sudut pandangan dalam teks kreatif.
Buku ini mempersembahkan kaedah pengumpulan data lapangan dan tulisan. Pengumpulan data lapangan melibatkan kaedah soal selidik, rakaman temu bual, bacaan teks dan perbualan. Sementara itu, data tulisan dikumpulkan melalui kaedah korpus linguistik dan analisis teks. Ringkasnya, buku ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif Perkongsian pelbagai isu dan kaedah kajian dalam buku in sesuai dijadikan panduan oleh pelajar universiti, pensyarah dan penyelidik bahasa, khususnya. Hasil kajian pula bolet dimanfaatkan oleh perancang bahasa dan masyarakat umum tentang pelbagai isu atau topik kebahasaan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

