​Penyertaan Masyarakat Iban Dalam Program Pembangunan Komuniti

RM58.00
9789831008201
In stock
+

Penyertaan Masyarakat Iban Dalam Program Pembangunan Komuniti

Author/Editor: Kwok Chin Hoe Haris Abd Wahab

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008201

Weight: 300

Pages:

Year: 2015

Price: RM58


Buku ini memaparkan isu penyertaan masyarakat Iban dalam program pembangunan komuniti di Sarawak berdasarkan kajian luar dengan memberi penekanan khusus kepada usaha-usaha pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Di samping itu memberi gambaran terperinci tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan masyarakat Iban di Sarawak dalam program berkenaan. Penulisannya diolah supaya sesuai digunakan sebagai bahan rujukan kepada pelajar universiti yang mengikuti kursus pembangunan komuniti serta bidang sains sosial lain yang berkaitan.

Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan panduan kepada penggerak pembangunan komuniti yang terlibat dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat luar bandar.Perbincangan di bahagian awal buku ini menjelaskan tentang program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Bahagian seterusnya membincangkan konsep pembangunan komuniti, penyertaan komuniti dan cabaran yang dihadapi dalam usaha pembangunan komuniti serta faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan masyarakat dalam pembangunan komuniti. Perbincangan juga secara khusus berkenaan penyertaan masyarakat Iban dalam program pembangunan komuniti di Sarawak. Perbincangan khusus ini meliputi aspek profil kawasan, program dan masyarakat serta pengaruh faktor individu, institusi pentadbiran program dan situasi penyertaan masyarakat Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US