Peradaban Islam
Editor: Jawiah
Dakir, Fariza Md. Sham & Mujahid Abu Bakar
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789674124885
Year: 2017
Weight: 0.150
kg
Pages: 161
pp
Price: RM30
Negara yang bertamadun ialah sebuah negara yang mempunyai
bangsa yang beradab dan berakhlak. Itulah sebabnya, suatu bangsa yang
bertamadun akan dapat membina suatu peradaban. Untuk membina suatu peradaban
pula, memerlukan ketamadunan, iaitu peningkatan kemajuan dalam kehidupan
rakyatnya sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani. Ini dapat dibuktikan
apabila, orang-orang Islam dapat mencapai tahap ketamadunan yang tinggi,
sehingga dapat mewujudkan suatu peradaban, yang dipanggil Peradaban Islam.
Sejarah Peradaban Islam adalah sejarah yang amat unik, sesuai dengan semua
etnik atau kaum untuk mengkajinya. Peradaban Islam juga sesuai untuk
dibangunkan sepanjang zaman sebab sifat Islam sebagai nizam al-hidayah atau
sistem hidup. Ini disebabkan dalam usaha membangunkan peradaban, Islam tidak
menekankan kepada pembangunan nilai-nilai yang terdapat dalam sesuatu kaum atau
etnik tertentu, hatta kaum Arab sendiri. Sebaliknya Islam mengetengahkan
nilai-nilai kemanusiaan sejagat seperti amanah, jujur, ikhlas, kerja
bersungguh-sungguh, adil, syukur dan sebagainya. Kemuncak peradaban Islam telah
melahirkan pelbagai ilmuwan dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik,
ekonomi, sosial, kesusateraan, kebudayaan, kemasyarakatan, perundangan, sains
dan teknologi, kesihatan, perubatan, kejuruteraan, hubungan antarabangsa dan
sebagainya.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.