Perbandingan Manhaj Al-Akhfash dengan Al-Farra dalam Kitab Macani Al-Quran
Author: Najmuddin H.Abd.Safa & Rahim Aman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674126964
Year: 2019
Pages: 238pp
Price: RM35
Perbandingan Manhaj Al-Akhfash dengan Al-Farra dalam Kitab Maani Al Ouran merupakan satu perbincangan julung-julung kalinya berkaitan aliran aliran dalam bidang linguistik. Selama ini, pembaca hanya menerima pandangan dan pendapat brerkaitan aliran-aliran dalam bidang linguistik daripada kaca mata dunia Barat. Buku yang mengupas, dua buah aliran linguistik tersohor dalam dunia lslam iaitu Aliran Basrah (Aliran Al-Akhfash) dan Aliran Kufah (Aliran Al-Farra) merupakan buku pertama dalam dunia penulisan berkaitan aliran-aliran dalam bidang linguistik, khasnya dalam linguistik Arab. Al-Quran Al-Karim diturunkan kepada Rasulullah (SAW) dalarm bahasa Arab yang amat sempurna daripada aspek tatabahasanya atau pun kesusasteraan Arabnya. Justeru, ianya menjadi perhatian untuk dihafal dan difahami isi kandungannya. Sebahagian daripada mereka yang lain menumpukan perhatian ke atas pengkajian struktur bahasa Arab yang diguna pakai di dalam al-Quran. Usaha ini sebenarnya dilakukan oleh tokoh nahu besar dunia ,iaitu Al-Akhfash dan Al-Farra. Kehebatan kedua-dua tokoh penahu Arab ini digarapkan dengan penuh ketelitian bukan sahaja latar belakang dan riwayat hidup mereka, malah peranan mereka dalam menganalisis bahasa al-Quran yang tertuang dalam dua kitab yang namanya sama iaitu kitab Maani Al-Quran, tetapi ditulis oleh dua tokoh yang berbeza, iaitu Al-Akhfash dan Al-Farra. Buku ini juga menganalis persamaan dan perbezaan menurut pandangan Aliran Basrah dan Aliran Kufah ke atas kitab Maani Al-Quran. Sesungguhnya, buku ini membuka perspektif baru berkaitan pandangan dunia terhadap ilmu linguistik. Kita harus akui bahawa sebenarnya, ilmu linguistik itu muncul dan berkembang lebih awal di dunia lslam dan kemudian barulah muncul dan berkembang di dunia Barat.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.