Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea
Author: Raja
Ahmad Aminullah
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672165231
Year: 2018
Weight: 0.344 kg
Price: RM46
Saya ingin mengucapkan penghargaan saya kepada semua mereka
yang telah membantu saya dalam penyediaan buku “Percakapan Dengan raja ahmad
aminullah – Kesetiaan Pada Idea” (Conversations with raja ahmad aminullah –
Fidelity To Ideas) ini.
Idea untuk buku ini timbul apabila beberapa orang kawan
mencadangkan agar diadakan satu siri wawancara dengan saya. Wawancara atau percakapan itu seharusnya
berupaya menggali sudut pemikiran saya bersabit dengan pelbagai isu penting
yang menyelebungi masyarakat kita.
Antara isu-isu yang difikirkan penting adalah persoalan seni,
journalisme dan media, peranan pelajar, intelektual, buku, kebudayaan, generasi
muda dan seputar persoalan sosio-budaya dan sosio-politik dalam negara.
Buku ini menghimpunkan percakapan-percakapan yang
dikendalikan khusus untuk penerbitan dalam buku ini serta beberapa wawancara
pernah dibuat di televisyen dan radio. Usaha ini dimulakan lebih kurang dua
setengah tahun yang lalu; saya telah pun menerima maklum balas bahawa satu siri
percakapan yang lain harus diadakan selepas ini.
Saya mulakan terima kasih saya pada mereka yang telah sudi
meluangkan masa untuk wawancara ataupun dialog dengan saya sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Pada mereka, Sayed Munawar, Awang Azman Awang Pawi, Sharaad
Kuttan, Ahmad Fuad Rahmat, Rohul Adnan, Zikri Rahman, Lee Chui Ling, Benz Ali,
Hakim Rahman, Syah Hairizal Kamalul Arifin, Sophia Halim, Wan Mohamad Wasif,
Saiful Ridwan, Saufi Jelani, Tofan Rachmat Zaky dan Haniff Baharudin, setinggi-tinggi
penghargaan dari saya.
Saya merasa bertuah kerana dapat mengadakan percakapan
ataupun conversation dengan mereka yang mahir dalam bidang masing-masing.
Profil atau latar belakang mereka cukup rencam: ada golongan mahasiswa, ada
ahli akademik, ada aktivis dunia perbukuan dan ilmu, ada aktivis jalanan yang
hidup membumi, ada wartawan kanan dan CEO industri perbukuan, ada wartawan
radio dan televisyen swasta, ada pengkaji hubungan strategik antara negara
serta ada wartawan dari akhbar bisnes.
Latar belakang mereka yang pelbagai ini sudah tentu
dicerminkan dalam soalan-soalan atau pandangan yang mereka kemukakan kepada
saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Awang
Azman Awang Pawi yang sudi memberi kata pendahuluan untuk buku ini. Di samping
itu saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Rohul Adnan (lebih dikenali
sebagai Mat Kuantum) dan Tofan Rachmat Zaky yang membantu proses pengeditan
awal.
Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada sahabat saya
Dr A Halim Ali yang sudi membaca manuskrip ini disaat-saat akhir sebelum
penerbitan dan memberi komen-komen yang bermanfaat buat saya. Sdr Halim
merupakan mantan Profesor Sosiologi yang pernah bertugas di Universiti Malaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia (menubuhkan Jabatan Sosiologi) dan UNIMAS antara
lain.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerja di
pejabat saya yang dipimpin oleh Ruzaimah Abdul Latif dan dianggotai pada
waktu-waktunya oleh Raja Faridul Atrash, Dayou dan Alia yang semuanya telah
membantu dengan bersungguh-sungguh menyiapkan proses ini.
Setinggi-tinggi penghargaan pada penerbit saya saudara Chong
Ton Sin (yang lebih dikenali sebagai Pak Chong), Janice yang sabar serta warga
kerja Gerak Budaya yang telah bekerja keras untuk menerbitkan buku ini.
Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada teman hidup saya, Nor Hafizah yang telah berkorban waktu, tenaga serta
kehidupannya untuk membolehkan saya bergerak dalam lapangan yang telah dan
sedang diceburi dalam perjalanan kehidupan saya yang serba rencam ini. Juga
kepada Nadia, Khubayb, Khairul Anwar, Lisa, Nadhil Aqran, Syahira dan Hariz.
Moga buku ini bermanfaat bagi masyarakat dan bangsa kita.
Raja Ahmad Aminullah
Kuala Lumpur
25 Januari 2018
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.