​Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi

RM39.00
9789838618915
Out of stock

Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi

Editor: Nazarudin Zainun & Nasha Rodziani Khaw

Publisher: USM Press

ISBN: 9789838618915

Pages: 167pp

Year: 2015

Weight: 0.317kg

Price: RM39

Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi ditulis bertujuan untuk memaparkan hubungan perdagangan antara dunia Melayu khususnya dan Nusantara umumnya dengan negara China. Hubungan dua hala ini telah terjalin sejak wujudnya kerajaan Melayu di Nusantara dan dicatatkan sejak kurun ke-15 Masihi. Perdagangan yang maju di kawasan ini telah mewujudkan satu interaksi positif di antara petempatan di pinggir pantai dengan petempatan di pedalaman Semenanjung Tanah Melayu. Ekoran daripada interaksi yang baik ini dan ditambah lagi dengan kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang strategik dan kaya dengan sumber bumi, sebahagian kawasannya telah dipilih untuk dijadikan pelabuhan utama bagi para pedagang dari China dan India.

Selain itu, peranan pelabuhan ini juga dijadikan sebagai persinggahan dan pembekal perkhidmatan kepada mana-mana pelaut asing yang bakal menggunakan laluan di Nusantara untuk ke China dan India. Antara contoh terbaik ialah kota pelabuhan yang terletak di Lembah Bujang, iaitu Kedah Tua. Selain itu, Sungai Mas juga telah menjadi salah satu daripada pelabuhan entrepot dalam membantu perdagangan antara China dengan Tanah Melayu pada ketika It’ll.

Dalam Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi juga, peranan ufti yang diberikan dalam mengekalkan perhubungan dua hala antara negara-negara kota di Kepulauan Melayu dengan maharaja China dinyatakan dengan jelas dalam aspek perdagangan ini. Melalui perjanjian dan ufti yang diberikan oleh kerajaan pada masa itu membuktikan bahawa berlakunya perkembangan yang pesat dalam aktiviti perdagangan. Hal perdagangan juga boleh dibuktikan apabila terdapat sebuah kerajaan yang dikenali dengan nama Ch’ih-Tu. Kerajaan ini adalah antara kerajaan terawal yang terdapat di Kelantan pada masa tersebut dan menjalinkan perhubungan baik dengan China bagi kepentingan masing-masing.

Antara barangan yang didagangkan ketika itu ialah seramik dan tembikar China. Barangan dagangan ini adalah antara barang yang bernilai tinggi ketika itu dan menjadi keperluan bagi manusia. Apabila permintaan yang tinggi berlaku dalam pasaran maka kerajaan China telah menghasilkan barangan keperluan ini secara besar-besaran seterusnya menjadi barangan dagangan yang mempunyai permintaan yang tinggi ketika itu. Bagi membuktikan bahawa Semenanjung Tanah Melayu telah menjalinkan hubungan dua hala dengan negara China sejak awal Masihi lagi, maka penemuan pelbagai jenis seramik dan mata wang di kawasan Beruas yang merupakan kawasan pengeluar bijih timah terbesar di Semenanjung Tanah Melayu menjadi bukti penting akan kewujudan hubungan tersebut.

Kedatangan pedagang-pedagang dari China ke Tanah Melayu telah membuka peluang yang lebih luas kepada Semenanjung Tanah Melayu untuk menjadi salah sebuah pusat perdagangan yang penting dan utama pada ketika itu. Kesan perdagangan ini juga menjadikan banyak kawasan di Nusantara dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya untuk menjadi kawasan pelabuhan bagi para pedagang dan seterusnya membuka peluang dalam memajukan kawasan di sekitarnya. Memandangkan negara China merupakan salah sebuah kuasa besar ketika itu, maka dasar perdagangan luar yang diamalkan oleh mereka sangat mempengaruhi pola perdagangan di Tanah Melayu dan bukti kepada pengaruh ini juga dapat dilihat melalui kesan peninggalan yang ada pada hari ini.Dongjiaozongsebagai mencerminkan aspirasi Melayu, justeru, mereka berasa bimbang terhadap kesan asimilatif dasar ini biarpun kerajaan tidak berniat memansuhkan sistem pendidikan vernakular Cina secara menyeluruh tetapi hanya sekadar menyelaraskan peranan dan fungsinya agar lebih serasi dengan aspirasi nasional. Perbezaan dalam pendekatan ini ditinjau oleh buku ini dari perspektif hubungan etnik yang bersifat majoriti-minoriti di negara majmuk dengan berfokuskan rasional-rasional yang mendasari tuntutan golongan majoriti dan golongan minoriti untuk mengekalkan bahasa, budaya, dan identiti etnik masing-masing dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa. Bertitik tolak dari perspektif ini, buku ini menonjolkan reaksi-reaksi yang berbeza, baik secara intraetnik mahupun interetnik, daripada golongan Melayu yang merupakan golongan majoriti dan golongan Cina yang merupakan golongan minoriti terhadap penggubalan dasar bahasa dan dasar pendidikan kebangsaan serta beberapa dasar lain. Buku ini menunjukkan bahawa dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa, kepentingan nasional yang mencerminkan kepentingan golongan majoriti mengatasi kepentingan golongan minoriti yang bersifat parokial. Walau bagaimanapun, tuntutan golongan minoriti terhadap pengekalan bahasa, budaya, dan identiti etnik tidak seharusnya ditolak dengan sewenang-wenangnya, tetapi diakomodasikan pada takat tertentu, asalkan kepentingan nasional pada keseluruhannya tidak terjejas. Pendekatan yang bersifat akomodatif dan integratif ini merupakan cara yang wajar dalam menangani isu-isu etnik dalam sesebuah negara majmuk agar konflik etnik tidak berlaku.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US