Perdamaian Palestin Bukanlah Aparteid
Author: Jimmy Carter
Translator:
Publisher:
ITBM
ISBN: 9789830686707
Year: 2011
Weight: 0.200
kg
Pages: 197
pp
Price: RM30
Dalam buku ini, Presiden Jimmy Carter berkongsi pengetahuan
beliau tentang sejarah Asia Barat dan pengalaman peribadi beliau bersama
pelakon utama dalam pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengutarakan beberapa
isu politik sensitif yang cuba dielakkan oleh banyak tokoh di Amerika Syarikat.
Secara terus terang, Jimmy Carter menerangkan langkah yang mesti diambil untuk
melihat kedua-dua buah negara tersebut sama-sama hidup rukun damai di Tanah
Suci tanpa sistem aparteid atau rasa takut kepada keganasan.
Menurut beliau lagi, garis panduan umum bagi perjanjian jangka
panjang kedua-dua buah negara sudah pun diketahui ramai. Perdamaian yang
bermakna lagi berkekalan buat semua insan di rantau bergolak itu tidak akan
menjadi kenyataan selagi Israel mencabuli resolusi utama PBB, dasar Amerika dan
“Pelan Damai” antarabangsa dengan menduduki wilayah Arab dan menindas penduduk
Palestin. Sempadan Israel pra-1967 mesti dihormati melainkan kedua-dua pihak
bersetuju untuk mengubahnya. Sebagaimana yang dilakukan oleh semua pentadbiran
yang lalu sejak Israel ditubuhkan, pucuk pimpinan Amerika Syarikat mesti berada
di barisan hadapan dalam usaha mencapai matlamat yang sekian lama tertangguh
dalam memeterai perjanjian saksama yang dapat dihormati oleh kedua-dua pihak.
Sesungguhnya, Perdamaian Palestin Bukanlah Aparteid adalah sebuah karya yang mencabar, provokatif dan berani.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.