​Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak

RM35.00
9789674123871
In stock
+

Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak

Author: Nik Safiah Karim & Rokiah Talib
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123871
Year: 2016
Weight: 0.200 kg
Pages: 185
Price: RM35

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara jarang mendapat pengiktirafan. Kalau pun diiktiraf hanya menyatakan statistik bilangan wanita dalam pelbagai pekerjaan. Buku ini menyingkap sejarah perjuangan wanita Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan serta hak kesaksamaan dalam pelbagai bidang dengan cara mereka tersendiri. Kalau di Barat tuntutan hak wanita dimulakan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu, wanita Melayu khususnya menyertai kaum laki-laki; bukan menuntut hak wanita, tetapi hak yang agenda lebih besar iaitu maruah negara yang dijajah semasa mereka menentang Malayan Union. Bermula daripada titik sejarah tersebut perjuangan wanita menuntut kesaksamaan memperlihatkan gabungan tenaga oleh pemimpin politik dengan NGO dan kemudiannya dengan badan akademik. Di ambang Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di Beijing 1995 (UN World Conference on Women 1995) suara wanita disambut oleh kerajaan dengan menghadiahkan sebuah bab “Wanita dalam Pembangunan” dalam dasar pembangunan negara. Selepas Beijing wanita menuntut kerajaan melaksanakan dasar yang dicetuskan, iaitu wanita hendaklah diberi peranan pada peringkat membuat dasar pembangunan negara sehingga 30%. Walaupun matlamat ini belum tercapai, namun sudah ramai wanita yang berkebolehan menyandang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta. 

Negara kita memberi hak untuk wanita mengundi apabila sistem pengundian dalam pilihan raya dilaksanakan, berbeza dengan beberapa buah negara lain di Barat. Buku ini cuba menyingkap sejarah pergerakan serta perjuangan wanita tempatan pada peringkat awal yang berjuang bagi memartabatkan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat. Barisan Srikandi yang dikisahkan dalam buku ini melibatkan diri dalam pelbagai badan sukarelawan dan politik. Mereka adalah sukarelawan tulen tanpa mendapat sebarang upah atau ganjaran yang berjuang dengan mengamalkan perkongsian bijak, kerana pemimpin mereka adalah bertaut dalam dua bidang, iatu politik dan NGO seperti yang diamalkan oleh NCWO. Seperkara lagi yang menyentuh hati ialah perpaduan kaum yang sangat intim seperti yang ditunjukkan oleh badan seperti NCWO. Bagi badan kebangsaan ini antara hak wanita yang dituntut awal-awal lagi ialah “gaji sama bagi kerja yang sama” dan “taraf pekerja tetap bagi wanita setelah berkahwin”. Sekalung penghormatan juga harus diberi kepada barisan pemimpin awal NCWO yang mempunyai pandangan jauh demi perpaduan kaun dengan meletakkan dasar yang menghayati mantera “Perpaduan dalam kepelbagaian”.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US