Perisian Pembina Mashap Berasas Blok: Pendekatan Pengaturcaraan Pengguna Akhir

RM30.00
9789672512301
In stock
+

Perisian Pembina Mashap Berasas Blok: Pendekatan Pengaturcaraan Pengguna Akhir

Authors: Rodziah Latih & Abdullah Mohd. Zin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512301
Weight: 0.2kg
Pages: 114
Year: 2021
Price: RM30

Pendekatan Pengaturcaraan Pengguna Akhir Buku "Perisian Pembina Mashap Berasas Blok: Pendekatan Pengaturcaraan Pengguna Akhir" merupakan olahan dari tesis Doktor Falsafah yang bertajuk "Pembina Mashap Berasas Blok Untuk Pengaturcaraan Pengguna Akhir". Mashap merupakan aplikasi teknologi Web 2.0 di mana ia dihasilkan dari gabungan beberapa data atau fungsi yang dicapai dari pelbagai sumber dalam Internet. Inovasi ini membolehkan pengguna mengvisualisasi data yang dicapai dalam bentuk yang baharu. Meskipun ramai yang menyedari kelebihan aplikasi mashap, namun disebabkan kerumitan dalam membinanya, menyebabkan pembinaan mashap hanya dilakukan oleh juru aturcara mahir sahaja. Bagi membolehkan aplikasi mashap dibina dan digunakan oleh lebih ramai lagi pengguna Web, perisian pembina mashap dibangunkan bagi membolehkan pengguna akhir yang tidak mempunyai kemahiran pengaturcaraan membina aplikasi mashap. Setiap perisian pembina mashap ini menggunakan pendekatan pembangunan yang berbeza seperti pendekatan hampran helaian, pengaturcaraan berasas demonstrasi, dan aliran-data. Buku ini membincangkan satu lagi pendekatan yang boleh digunakan oleh pengguna akhir dalam membina aplikasi mashap iaitu pendekatan pengaturcaraan berasas blok.

RODZIAH LATIH, PhD., Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang berkepakaran beliau ialah Pendidikan Pengaturcaraan, Reka Bentuk Perisian, dan Pengujian Perisian.

ABDULLAH MOHD. ZIN, PhD., Profesor, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. Bidang kepakaran beliau adalah kaedah Formal, Teknologi Perisian, dan Sistem Komputer dan Teknologi Rangkaian.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US