Pesakit Mental: Tahap Bebanan Jagaan

RM25.00
9789672513025
In stock
+

Pesakit Mental: Tahap Bebanan Jagaan

Authors: Roszita Ibrahim, Halim Ismail & Mohd Haffiz Mohd Rizal
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513025
Weight: 0.17kg
Pages: 98pp
Year: 2021
Price: RM25

Masalah penyakit mental dilihat semakin membimbangkan dan kesan pertambahan tersebut dapat dilihat dengan ketara dari tahun ke tahun. Secara umumnya, tidak terdapat istilah yang rasmi atau definisi dapat ditakrifkan berkaitan dengan kesihatan mental. Hal ini kerana ketidaksamaan budaya, teori profesional serta yang subjektif telah merumuskan bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Dalam erti kata lain, kesihatan mental adalah akar kepada kesejahteraan manusia dan keupayaan masyarakat untuk berfungsi secara efisien. Penjaga merupakan antara tunjang utama dalam menguruskan pesakit ini khususnya dalam komuniti pada hari ini. Peranan penjaga kepada pesakit memberi kesan emosi dan seterusnya menyebabkan penjaga merasa terbeban dalam menguruskan keperluan mereka. Penggunaan Zarit Burden Interview (ZBI) untuk melihat tahap bebanan yang dipikul penjaga, Depression, Anxiety & Stress Questionnaire (DASS) untuk menilai aspek psikologikal penjaga serta melihat tahap pengetahuan penjaga pesakit ini. Kesimpulannya, tahap bebanan penjagaan yang dipikul penjaga mampu menjejaskan kesejahteraan hidup penjaga. Pelaksanaan intervensi terhadap masalah bebanan penjagaan yang dialami penjaga perlu diberikan penekanan agar isu berkenaan masalah penjagaan dapat diatasi.

ROSZITA IBRAHIM, PhD., adalah Pensyarah Kanan Universiti di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkhususan beliau adalah di dalam Ekonomi Kesihatan, Casemix, Pengurusan Hospital, Kualiti Perkhidmatan dan Kesihatan Awam.

HALIM ISMAIL adalah Pakar Perunding Kesihatan Awam di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pengkhususan beliau adalah di dalam menangani isu-isu berkaitan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

MOHD HAFFIZ MOHD RIZAL kini sedang berkhidmat sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah. Skop bidang tugas beliau ketika ini tertumpu kepada dua aspek iaitu bantuan peralatan dan terapi sokongan kepada pesakit.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI