Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama

RM25.00
9789670876429
Out of stock
Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama
Editor: Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud
ISBN: 9789670876429
Weight:
Pages: 235pp
Year: 2016
Price: RM25
Fenomena politik baharu yang bermula semenjak PRU-10 1999 dilihat terus mencorakkan trend pengundian dalam PRU-13 yang berlangsung pada Mei 2013. Walaupun sedemikian, fenomena sebegini bukanlah trend yang konsisten jika dilihat dari dua sudut iaitu faktor yang mendukung gagasan ini dan juga pembalikan politik lama yang berlaku selepas sesuatu PRU. Penerusan pergeseran antara politik baharu dengan politik lama ini merupakan antara inti pati yang mendasari analisis di sembilan buah negeri yang terlibat dalam PRU-13 yang lalu.
Pilihan raya yang disifatkan sebagai “ibu segala pilihan raya” ini ternyata memberikan paradoks kepada kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang “kalah dalam menang dan menang dalam kalah”. Biarpun keputusan PRU-13 terus menghantar mesej yang politik baharu tetap menjadi taruhan dan pilihan, perkembangan selepas PRU-13 menyarankan yang kedua-dua pihak semakin cenderung untuk kembali ke politik lama demi mengimbangi tuntutan perjuangan masing-masing.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US