​Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12: Isu Dan Pola Pengundian

RM50.00
9789831005170
In stock
+

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12: Isu Dan Pola Pengundian

Author/Editor: Joseph M. Fernando, Zulkanain Abdul Rahman & Suffian Mansor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831005170

Weight: 350

Pages: 312

Year: 2011

Price: RM50


Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU ke-12) yang diadakan pada 8 Mac 2008 merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed), cukup bermakna dan membawa erti yang tersendiri kepada arena politik Malaysia secara keseluruhannya. Buat pertama kalinya bagi tempoh 50 tahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, Barisan Nasional hanya berupaya membentuk sebuah kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah, bukannya menguasai lebih 2/3 kerusi Parlimen. Dengan kata lain, PRU ke-12 memberi kejutan besar atau tsunami politik yang membawa implikasi besar dan tersendiri kepada hala tuju politik Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang. Kemerosoton bilangan kerusi sama ada kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional selepas PRU ke-12 menimbulkan banyak tanda tanya. Antara persoalan tersebut termasuklah setakat mana persekitaran politik sedia ada berupaya membawa perubahan radikal yang mengejutkan banyak pihak termasuklah pengundi, calon dan parti politik yang bertanding? Apakah keadaan yang menyebabkan pengundi mengalihkan sokongan mereka kepada pakatan politik PKR-PAS-DAP dalam PRU ke-12? Seperkara lagi, sejauh manakah media alternatif berguna dan memainkan peranan membekalkan maklumat terkini mengenai politik Malaysia kepada para pengundi, khasnya pengundi muda dan pengundi bandar? Kesemua persoalan ini menjadikan PRU ke-12 sebagai suatu tema yang begitu menarik dan mencabar untuk dianalisis. Buku ini memuatkan tulisan sekumpulan 10 ahli akademik daripada Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Perbincangan dalam setiap bab dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: latar belakang politik negeri berkenaan sebelum PRU ke-12; persediaan calon, cara berkempen, isu dan parti yang bertanding untuk berhadapan dengan PRU ke-12; dan analisis keputusan PRU ke-12 di negeri berkenaan. Kepelbagaian sumber dan pendekatan yang digunakan dalam buku ini penting bagi memberikan analisis dan tafsiran yang seimbang serta menyeluruh berkaitan dengan PRU ke-12.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US