​Polisi dan Pengurusan Tenaga Hijau

RM35.00
9789674125530
In stock
+

Polisi dan Pengurusan Tenaga Hijau

Author: Ruzian Markom & Norizan Hassan

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674125530

Weight:

Year: 2018

Page: 183pp

Price : RM35

Buku ini adalah bacaan asas dalam menjelaskan tentang polisi dan pengurusan tenaga hijau. Antara matlamat pembangunan Lestari yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030 adalah persekitaran yang lestari dan tenaga yang berpatutan serta bersih. Tenaga hijau dan tenaga boleh baharu merupakan tenaga yang diperoleh dari sumber seperti biogas, biojisim, hidrokuasa kecil, fotovoltasuria, laut, angin dan haba. Tenaga ini masih diperingkat permulaan di Malaysia dan melibatkan tiga sumber utama, iaitu hidrokuasa kecil, tenaga solar dan tenaga biojisim. Walaupun tenaga ini masih diperingkat awal, polisi berkaitan tenaga ini telah wujud sejak 39 tahun lalu. Ini menunjukkan keseriusan Malaysia dalam memastikan kelestarian sumber tenaga. Rangka kerjaperundangan tenaga hijau yang mantap memainkan peranan yang penting dalam memastikan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari 2030 tercapai. Pelbagai polisi tenaga hijau telah digubal bermula tahun 1979 hingga kini. Akta tenaga boleh baharu telah degubal pada tahun 2011 memberi gambaran bahwa tenaga boleh baharu dan sistem tariff galakan adalah penting kepada Malaysia. Teknologi hijau adalah pemankin kepada perkembangan tenaga boleh baharu dan hijau. Bermula dengan penubuhan Majlis Teknologi HijauNegara dan Perubahan Iklmim yang bertanggungjawab menggubal Dasar Teknologi Hijau Negara. Usaha ini diteruskan melalui penerapan teknologi hijau dan empat sektor utama iaitu tenaga, bangunan, air serta pengurusan sisa dan pengankutan. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara, Penglibatan beberapa institusi utama telah dikenalpasti seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) yang bertanggungjawab mengawalselia pelaksanaan teknologi hijau. Akhirnya, pelbagai program, projek dan promosi telah dilaksanakan untuk memperkasakan tenaga dan teknologi hijau dalam kehidupan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US