Politik Identiti dan Nilai dalam Pilihan Raya Kecil
Author: Junaidi Awang Besar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864245
Pages: 295
Weight: 0.442 kg
Year: 2025
Price: RM55
Buku ini merupakan hasil usaha penyelidik daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam usaha memperkasa bidang politik dan pilihan raya. Buku ini mengandungi 12 bab yang mempunyai keterangkuman keseluruhan wacana mengenai geografi kawasan kajian, persempadanan, sejarah politik, hari penamaan calon, calon yang bertanding, isu, jenis kempen, hari pengundian, faktor sokongan, pola pengundian dan impak PRK di 10 PRK. Buku ini amat bertepatan dengan semua lapisan pembaca yang berkeinginan melihat perkembangan semasa sosioelektoral dan bentuk geopolitik Malaysia, khususnya berkaitan pengukuhan identiti dan nilai dalam politik pilihan raya. Buku ini sangat terkait dengan kekuatan intelektual penulis yang merupakan pakar dalam disiplin ilmu geografi pilihan raya serta berpengalaman luas dalam bukan sahaja menghurai tetapi juga mengupas dan mensintesiskan aspek ontologi, epistemologi, metodologi dan aksiologi tema dan persoalan yang dibincangkan. Tujahan ilmu geografi politik dan geografi pilihan raya dalam buku ini sangat terfokus kepada aspek yang sangat dekat dengan perihalan kelangsungan masyarakat dan literasi politiknya. Justeru itu, tema-tema politik pilihan raya yang diwacanakan di dalam buku ini sangat signifikan bagi tujuan panduan dan garis tuju masa depan negara dalam mewujudkan masyarakat yang berliterasi tinggi dalam politik dan matang dalam pembuatan keputusan yang berkaitan politik pilihan raya di negara ini.
JUNAIDI AWANG BESAR (PhD) adalah Pensyarah Kanan di Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Geografi Politik dari Universiti Malaya. Penyelidikan terkini beliau adalah berkaitan geografi kemanusiaan, geografi politik, geopolitik, geografi pilihan raya; pemetaan pilihan raya; perumahan dan impak geopolitik; dan dasar awam.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.